Searching...

Get This

Thursday, July 3, 2014
11:19 AM 0

Kerajaan China Melarang Penduduk Islam Di Daerah Xinjiang Berpuasa...

Sebuah berita online daripada luar negara alarabiya.net melaporkan umat Islam etnik Uyghur di Dearah Xinjiang dilarang untuk berpuasa oleh Kerajaan China. Lihatlah apa yang mereka lakukan terhadap saudara muslim kita.. Walaupun laporan menyatakan larangan ini kepada pekerja kerajaan, namun mereka juga ada umat Islam..



Pada Rabu yang lalu Umat Islam di daerah Xinjiang, China yang bekerja sebagai penjawat awam, pelajar dan guru-guru telah diharamkan dari berpuasa pada bulan suci Islam Bulan Ramadan.

Bozhou Radio dan TV Universiti menyebut di laman webnya bahawa ia akan "menguatkuasakan pengharaman kepada ahli parti, guru-guru, dan anak-anak muda daripada mengambil bahagian dalam aktiviti bulan Ramadan," menurut Agence France-Presse. 

"Kami mengingatkan semua orang bahawa mereka tidak dibenarkan untuk berpuasa Ramadan," katanya. 

Presiden China Xi Jinping (6 L) bercakap dengan penduduk tempatan di Shufu County Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur barat laut China. (Gambar ihsan: Xinhua / Xie Huanchi) 

Sebuah biro cuaca di Daerah Qaraqash di barat Xinjiang berkata di laman webnya bahawa "mengikut arahan daripada pihak berkuasa yang lebih tinggi", ia "menyeru semua kakitangan yang masih bertugas dan yang telah bersara agar tidak berpuasa pada bulan Ramadan". 

Sementara itu, biro hal ehwal komersial Bandar Turfan berkata di laman webnya pada hari Isnin bahawa "penjawat awam dan pelajar tidak boleh berpuasa dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain." 

Presiden China Xi Jinping sedang bercakap dengan anggota polis pada perhimpunan di bandar Kashgar, barat laut Xinjiang Wilayah Autonomi Uygur China. (Gambar ihsan: Xinhua / Xie Huanchi) 

Jurucakap China berkata bahawa sekatan ke atas puasa adalah bertujuan untuk memastikan kesihatan pekerja kerajaan, menurut AFP.

Ketika dihubungi oleh Al Arabiya News, Ketua Majlis Perhubungan Cina Islam , Isaaq Yousef berkata beliau tidak tahu sama ada terdapat larangan tersebut dan beliau mengatakan "Tidak ada faedah bagi Kerajaan Negeri untuk mengharamkan sesiapa sahaja yang mahu mengamalkan agamanya. Tetapi jika ini berlaku, ia biasanya kepada pekerja-pekerja Kerajaan Negeri ."

Isaaq dipilih ketika lawatan Presiden China, Xi Jinping ke rantau ini pada bulan April di mana beliau melawat masjid dan bertemu dengan wakil-wakil masyarakat Islam di Xinjiang Wilayah Autonomi Uygur. 

Xinjiang merupakan kawasan yang ramai penduduknya Islam menetap, kawasan kepada minoriti Uyghur. Sejak bertahun lalu, pemerintah parti Komunis China telah mengehadkan berpuasa di rantau ini, yang menyaksikan banyak pertempuran yang sering membawa kepada kematian diantara penduduk Uyghur dan pasukan keselamatan negeri. 

Beijing telah menyalahkan kejadian serangan maut baru-baru ini di beberapa tempat di China pada militan yang menuntut kemerdekaan bagi wilayah yang kaya dengan sumber. 

Bulan Ramadan bermula hujung minggu yang lalu. Pada bulan suci, umat Islam berpuasa dari subuh ke senja. 

Pada Isnin yang lalu pihak berkuasa China dilaporkan menggalakkan penduduk Islam Uyghur untuk makan makanan percuma yang diberikan pada hari Isnin yang lalu dan pemeriksaan rumah ke rumah dilakukan untuk memeriksa jika penghuninya berpuasa. Kata Dilxat Raxit, jurucakap untuk Kongres Uyghur Dunia yang dibuang negeri, kepada AFP yang diperolehi daripada sumber-sumber tempatan. 

"Langkah yang diambil China ini dengan memaksa dan menyekat keimanan etnik Uyghur pada rukun Islam, akan mewujudkan konflik yang lebih buruk," katanya. 

"Kami menyeru kepada China bagi memastikan kebebasan beragama bagi penduduk Uyghur dan menghentikan penindasan politik pada bulan Ramadan." - alarabiya.net

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...