Searching...

Get This

Sunday, March 30, 2014
7:12 PM 0

Gadis Ini Di Kecam Hebat Kerana Muat Naik Gambar Kucing Dimasak Sup

Guangdong: Seorang wanita China menjadi sasaran kecaman umum selepas dia memuat naik gambarnya merebus seekor kucing untuk dibuat sup.

Tindakan Li Jinbang memuat naik gambar “kejam” itu di laman sosial Weibo membuatkan satu kempen mengecamnya diwujudkan di Internet.

Dia turut dihujani komen dan emel yang mengecam tindakannya serta mengugutnya sebaik gambar berkenaan dimuat naik.

Walaupun dia kemudiannya membuang gambar itu, semuanya sudah terlambat kerana “ dosanya” sudah tersebar luas dikalangan pengguna Internet.
Foto

KUCING diletakkan di dalam sangkar sebelum digantung dan disembelih. Pada mulanya dia hanya menulis status, “Lihat, saya dapat tangkap dan makan harimau.” Namun tanpa rasa bersalah, dia kemudiannya memuat naik gambar dan menerangkan bagaimana dia merebus haiwan itu sebelum menyiat kulit dan mengerat badannya.

Gambar itu termasuk seekor kucing yang ketakutan berada di dalam sangkar sebelum haiwan itu digantung dan disembelih. Selepas dihujani kecaman, Jinbang cubamempertahankan tindakannya dengan berkata kucing cedera parah akibat dilanggar kenderaan.

Dia mendakwa membantu rakannya mengakhiri kesengsaraan kucing itu, sedangkan gambar yang dimuat naik menunjukkan kucing itu berada dalam keadaan sempurna dan sihat.

“Ia sememangnya perlu mati. Saya membunuh dan memakan kucing itu tanpa melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang,” katanya.- Agensi


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...