Searching...

Get This

Sunday, February 2, 2014
9:16 AM 0

(UPDATED): Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, Sabah dilanda Gempa Bumi Semalam

Ianya memang tak pernah berlaku sebelum ini..atau mungkin pernah cuma saya yang tak perasan. Semalam, semasa sedang update blog (dengan entri lain) terasa pula yang rumah ni bergoyang. Tak lah lama..cuma kira-kira lima enam saat gitu. Gegarannya pun tidaklah begitu kuat tapi memang terasa. Saya ingatkan si bapa yang sedang menukul tiang rumah tapi bila tengok, dia tak buat apa-apa pun..sedang dengar radio. Saya buat tak kisah saja..sampailah keluar statement dari Jabatan Meteorologi Malaysia.




Menurut laporan tersebut, Sabah dilanda gempa bumi berskala 4.8 Ritcher yang berlaku kira-kira 16km timur laut Ranau. Gegaran dilaporkan dirasai di daerah Ranau dan Tuaran. Saya ni tinggal sekitar daerah Tuaran. 

Ada juga penduduk sekitar yang merasai gegaran itu telah mengongsikan status mereka di facebook.

Sabah dilanda gempa bumi..menakutkan saja bunyinya...ingat lagi tak dengan ratusan ribu ikan yang naik ke pantai di Lahad Datu..then kabus di gunung kinabalu pula jadi ais...then ada pula 'awan kuda' berlari di gunung kinabalu..then Ranau kena gempa bumi...what a scary coincidence..

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...