Searching...

Get This

Sunday, February 2, 2014
8:34 AM 0

(UPDATED): Pertemuan JDT, T-Team batal?

PERLAWANAN pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team ditangguhkan selepas wakil kelab dari Terengganu itu enggan meneruskan perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, malam tadi.
Keputusan menangguhkan perlawanan ke tarikh baru diumumkan oleh komisioner perlawanan, Zainal Mukri selepas pasukan pelawat dilaporkan enggan meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua atas faktor keselamatan.
JDT sedang mendahului T-Team dengan keputusan 2-1 pada aksi separuh masa menerusi sentuhan penyudah penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa, masing-masing pada minit ke-15 dan 20.

Skuad 'The Titans' merapatkan defisit jaringan hasil sepakan percuma daripada jarak 20 meter menerusi kapten pasukan, Marzuki Yusoff pada minit ke-26.
Foto

Zainal yang ditemui selepas itu berkata, pihaknya akan merujuk perlawanan berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak (FAM) sama ada untuk mengekalkan keputusan itu atau perlawanan ulangan diadakan.
JDT, T-Team

Bagaimanapun, mengikut peraturan FAM, sesuatu perlawanan ulangan yang terpaksa dijalankan berikutan pembatalan atau penangguhan, ia akan disambung hanya dengan baki tempohnya dan bukan lagi dimulakan daripada minit pertama.

Selain itu, kedudukan jaringan dan layangan kad semasa dikekalkan manakala pasukan diwajib menurunkan barisan pemain yang sama.

Dalam pada itu, dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua, juara Piala Malaysia, Pahang menjadi pasukan pertama mengesahkan slot ke suku akhir selepas mengalahkan Lions XII dari Singapura 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Kemenangan itu sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah juara Liga Super itu yang kali terakhir kecundang di halaman sendiri pada Julai 2012.

Pahang hanya berjaya menembusi gawang gol pasukan Lions XII menerusi Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-51 sebelum Azidan Sarudin menggandakan kedudukan untuk skuad Tok Gajah, empat minit kemudian.

Pemain pertahanan Lions XII, Muhammad Safuwan Baharudin mengurangkan defisit jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-86.

Pahang dijadualkan bertemu pemenang perlawanan antara wakil Pulau Pinang, PBAPP FC atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi suku akhir secara timbal balik pada 11 dan 18 Mac ini.

Perlawanan pusingan kedua membabitkan PBAPP FC dan PDRM akan berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, Selasa ini.

Lima lagi aksi Piala FA turut berlangsung pada hari yang sama iaitu Selangor menentang dan Sarawak, Kedah menentang Perlis, Kelantan bertemu Sabah, Selangor PKNS FC menentang Terengganu dan Sime Darby FC berdepan Felda United FC.



Selepas tamat separuh masa pertama, terjadi pertelingkahan (gaduh mulut) antara pegawai pasukan, jurulatih dan pemain antara kedua-dua pasukan. Pasukan T-Team enggan meneruskan baki perlawanan separuh masa kedua.

Sehingga tamat perlawanan  separuh masa kedua. Pasukan JDT mendahului T-Team dengan 2 gol berbalas 1.

Berikut adalah maklumbalas dari penyokong T-Team mengenai kejadian ini :


Mesej dari penyokong T-Team :

"Tidak ada satu pun perbalahan antara penyokong kedua-dua pasukan. Tunggu Official Statement dari pihak pengurusan. Jangan memandai.."


Ini pula merupakan maklumbalas dari pihak JDT :



Video rakaman siaran langsung dari Astro Arena semasa menuju ke bilik rehat dan persalinan sebaik sahaja tamat separuh masa pertama :

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...