Searching...

Get This

Tuesday, February 11, 2014
8:23 PM 0

Nabil Tak Mahu Lagi Masuk Pertandingan Lawak

MERASAKAN penilaian orang lain padanya agak tidak adil, pelawak dan pelakon Nabil Ahmad tidak lagi mengambil keputusan untuk tidak lagi memasuki sebarang pertandingan lawak kecuali jika kesemuannya bersaing secara solo.
Kami yakin ia berikutan kedudukan tercorot yang diperolehinya sewaktu pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) baru-baru ini yang menyaksikan kumpulan Sepahtu merangkul gelaran juara.
“Bagi saya penilaian orang lain pada saya agak tidak adil kerana saya satu kepala lawan tiga kepala dan bila saya buat lawak mereka rasa tak kelakar.
“Jadi selepas ini bila ada pertandingan solo, barulah orang boleh menilai secara individu, siapa yang lebih hebat,” ujarnya memetik laporan Sinar Harian.
Hmm, susah nak cakap, tapi kami rasa jika seseorang pelawak itu benar-benar hebat, pasti dia dapat meninggalkan kesan yang mendalam pada penontonnya walaupun cuma berseorangan di atas pentas.
Buat para pelawak sekalian, ambil positif setiap kritikan membina daripada para penonton sebab ia untuk kebaikan kerjaya anda juga.
Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...