Searching...

Get This

Saturday, February 1, 2014
11:00 PM 0

Gempar!!Gegaran di Sabah

        Menurut laporan berita TV1 pada jam 8 malam tadi gegaran telah dirasakan di beberapa tempat di Sabah. Tempat-tempat yang yang telah merasakan gegaran ini adalah di Kota Marudu, Kiulu, Kota Belud, Ranau, Penampang dan Juga Kota Kinabalu.

      
  • Jabatan Meteorologi MalaysiaJabatan Meteorologi Malaysia
Gempa bumi lemah berukuran 4.8 pada skala Richter berlaku kira-kira 16km timur laut Ranau, Sabah pada 7.35 malam ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa terletak di 6.1 darjah utara dan 116.8 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasai berhampiran Ranau.

     Di KOTA KINABALU, Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata gegaran berkenaan dirasai di daerah itu, tetapi tidak mengundang panik dalam kalangan penduduk.
"Gegaran sangat lemah. Rasa (gegaran) sikit sahaja dan berlaku dalam lima saat.
 Bernama

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...