Searching...

Get This

Thursday, January 2, 2014
5:38 PM 0

MENGAPAKAH LELAKI INI DIGARI?

Akibat disyaki mengeluarkan catatan berbaur ancaman jenayah di laman sosial seorang bekas kakitangan awam berusia 34 tahun diberkas polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.


Kata AHLI Parti Keadilan Rakyat ini, dia ingin mendatan kecederaan parah kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Berikutan itu suspek direman 3 hari dan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.



 Jika ingin melihat wajahnya, sila klik di sini.

Kepada semua pembaca, berhati-hati tatkala melontarkan komen di laman sosial. Usah mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan jenayah, ancaman terhadap tubuh badan atau harta benda. Kalau tiada individu membuat laporan polis berhubung kenyataan dikeluarkan, selamat. Jika sebaliknya berlaku, padah diundang.

Apabila tangan sudah digari, kebebasan terhad. 

Kalaupun marah dengan Taib, tindakan sebegitu tidak mendatangkan kebaikan, sebaliknya menempah bala. Gunakan hak mengundi pada Pilihan Raya Umum, PRU ke 14 untuk memilih pemimpin.

Sumber: Blogger Mazidul

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...