Searching...

Get This

Saturday, January 11, 2014
6:34 PM 0

(GAMBAR): 25 Premis di Sekitar Kota Kinabalu Rosak Ditembak Dengan Peluru Guli

25 premis di sekitar Kota Kinabalu rosak ditembak dengan peluru guliANGGOTA forensik sedang menjalankan siasatan di sebuah premis di KK Times Square yang cerminnya pecah akibat terkena tembakan malam tadi bagi mengetahui punca kejadian. - Foto NSTP
KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 25 premis perniagaan sekitar bandar raya ini, mengalami kerosakan termasuk cermin pecah akibat ditembak dalam kejadian antara jam 11 malam hingga 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, sebentar tadi mengesahkan kebanyakan premis yang terbabit adalah di bandar raya itu, Luyang dan Inanam. 

Katanya, polis percaya tindakan itu dilakukan oleh beberapa kumpulan yang menggunakan senapang angin berpelurukan guli. 























0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...