Searching...

Get This

Thursday, November 21, 2013
8:04 AM 0

Maut rempuh tembok parit

Ledang: Sepasang suami isteri maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dinaiki mereka terbabas di Kilometer 9.5 Lebuhraya Ayer Keroh, Melaka, Jasin (AMJ), Kesang dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang juga seorang juruteknik, Sharil Yusuf, 42, dari Kampung Batu 5, Tanjung Gading, dekat sini, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Manakala isterinya yang memandu kenderaan itu, Roslina Mahmud, 40, meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar ketika mendapatkan rawatan kecemasan kira-kira sejam kemudian.

Difahamkan, ketika kejadian, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari Melaka ke rumah mereka yang hanya kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. Roslina dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas lalu merempuh tembok konkrit parit di simpang Kampung Parit Fajar, lebuh raya itu.
Foto
MAYAT Sharil diangkat untuk dibawa ke hospital.

Adik Sharil, Idris 30-an berkata, Roslina ke Melaka untuk mengambil Sharil yang habis bekerja.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...