Searching...

Get This

Friday, October 11, 2013
6:52 AM 0

'Kaya' 15 minit

Ipoh: Empat perompak yang melarikan barang kemas bernilai RM1.8 juta dari sebuah kedai emas di Bandar Meru Raya, di sini, lolos untuk cuma 15 minit sebelum tiga daripada mereka ditembak mati, semalam.
Selepas melakukan rompakan pada jam 10.50 pagi itu, tiga suspek lelaki ditembak mati berhampiran Pasar raya Mydin Bandar Meru Raya, di sini, manakala seorang lagi melarikan diri ke kawasan ladang sawit berhampiran.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sejurus menerima maklumat kes rompakan itu pihaknya segera menjejaki suspek sebelum mengesan Proton Waja perak dinaiki mereka pada jam 11.05 pagi.

Menurutnya, tindakan pantas polis membolehkan kereta dinaiki suspek disekat berhampiran persimpangan lampu isyarat Lebuh Meru Raya tidak jauh Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, di sini.
Foto
TIMBALAN Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam (dua dari kiri) bersama pegawainya memeriksa tempat kejadian.

“Ketika cuba ditahan, kenderaan dinaiki empat suspek itu terus memecut laju dan seorang daripadanya melepaskan satu das tembakan yang mengenai bonet kenderaan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, semalam.

sumber: berita harian

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...