Searching...

Get This

Thursday, October 31, 2013
7:32 AM 0

Chris Brown jalani rawatan kawal baran




Los Angeles: Penyanyi kontroversi Chris Brown akan memasuki pusat pemulihan. Seorang jurucakap bintang R&B itu mengumumkan Selasa lalu Brown membuat keputusan memasuki pusat pemulihan sehari selepas dibebaskan dari penjara kerana membelasah seorang lelaki di Washington.
Browm kini masih dalam tempoh pengawasan kerana mencederakan kasihnya Rihanna pada 2009. 
“Chris Brown memilih untuk masuk pusat pemulihan,” kata satu kenyataan.
“Dia ingin menilai semula tingkah lakunya pada masa silam dan sekarang untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan dan kerjayanya dari sudut yang lebih sihat. 
Peguam Brown, Mark Geragos berkata penyanyi itu memasuki pusat yang lokasinya dirahsiakan untuk merawat panas barannya. 
“Dia mahu sedikit masa untuk mengkaji diri sendiri,” katanya.


Brown dan pembantu peribadinya ditahan Ahad lalu selepas berkelahi dengan seorang lelaki di hadapan hotel W di Washington. Brown didakwa atas tuduhan menyerang selepas seorang lelaki mengadu hidungnya patah ditumbuk penyanyi itu ketika mahu bergambar dengannya. 
Brown bagaimanapun dibebaskan dari penjara Isnin lalu. - AP

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...