Searching...

Get This

Wednesday, August 21, 2013
6:20 AM 0

Separuh Manila tenggelam



Manila: Banjir berpunca daripada hujan paling lebat pernah melanda Filipina menenggelamkan lebih separuh daripada bandar raya ini semalam, mengubah jalan raya menjadi sungai dan memerangkap puluhan ribu penduduk di rumah dan tempat perlindungan.
Kerajaan menggantung semua kerja kecuali usaha menyelamat dan pengurusan bencana untuk hari kedua. 
Sekurang-kurangnya tujuh orang mati, termasuk empat yang lemas di utara Manila kelmarin. Tidak ada laporan mengenai kemalangan jiwa terbaru semalam.

Antara yang terkorban ialah kanak-kanak berusia lima tahun yang rumahnya dihempap tembok yang runtuh dan seorang budak berusia tiga tahun yang jatuh ke dalam sungai di bandar Mariveles di wilayah Bataan.

Di Manila, bandar raya yang didiami 12 juta penduduk, pejabat, bank dan sekolah ditutup, sementara kebanyakan jalan raya tidak boleh dilalui.

Orang ramai terpaksa meredah air sehingga paras pinggang dan di sesetengah tempat sehingga paras leher sambil memegang tali yang diikat pada tiang rumah yang ditenggelami air.

Lebih 200 pusat pemindahan dibuka di Manila dan wilayah sekitar, dipenuhi oleh puluhan ribu penduduk, kata Setiausaha Khidmat Kebajikan, Corazon Soliman. Secara keseluruhan, lebih 600,000 orang terjejas akibat bencana itu.

“Saya terpaksa meredah air sedalam paras pinggang untuk ke rumah tuan saya bagi mendapatkan sedikit wang, kemudian pulang dengan berenang kerana kami tinggal berhampiran Sungai Pampanga yang banjir sedalam hingga ke paras leher,” kata Esteban Gabin, pemandu yang berusia 45 tahun.

Ketika cuaca semakin baik di Manila, kebimbangan beralih ke wilayah di luar bandar raya itu yang dijangka ditimpa hujan apabila monsun bergerak ke utara.

Di Pampanga, lebih 200 penduduk kampung terpaksa berpindah selepas air melimpah tebing.

Kerja memindahkan penduduk ke tempat lebih selamat juga dilakukan di sekitar empangan La Mesa, utara Manila yang mula banjir selepas air dari empangan itu mula memasuki Sungai Tullahan yang merentas sebahagian kawasan padat penduduk di ibu negara berkenaan. -
Sumber : Agensi

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...