Searching...

Get This

Thursday, August 29, 2013
12:40 PM 0

Kisah perjuangan Mat Kilau

Sempena Hari Kemerdekaan ke-56 Sabtu ini, stesen televisyen turut mengambil kesempatan menyajikan pelbagai program menarik bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk lebih menghargai bulan kemerdekaan yang disambut semua rakyat Malaysia pada 31 Ogos setiap tahun.
TV3 menerusi rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI) akan bersiaran secara langsung dari Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi yang dihoskan Ally Iskandar, Ahmad Fedtri Yahya, Saiful Nizam dan Nurul Fariha On. 
Pada jam 9 malam hari yang sama, slot Cerekarama sempena Hari Kemerdekaan diisi telefilem berjudul Jalur lakonan Zamarul Hisham, Keith Foo, Fizz Fairuz, Noorkhiriah, Jason Chong dan Farabie. 

Ia mengisahkan Haji Budin seorang usahawan berjaya dan disegani di tempat tinggalnya berkawan baik dengan Taukeh Wong. Persahabatan mereka kian renggang akibat salah faham. Dalam pada itu Wong yang terlantar di hospital langsung tidak pernah dijenguk oleh Budin.
Foto
SI Tudung Tweet menemui penonton TV9.

Budin mula teringatkan peristiwa 35 tahun dulu ketika mereka masih belasan tahun dan bersekolah di sekolah yang sama, namun begitu jarang bertegur sapa. Malah masing-masing turut lahir pada tarikh dan bulan yang sama iaitu 31 Ogos 1957.

Selain Wong, mereka turut rapat dengan Rajoo sehingga digelar ‘three stooges’. Namun keakraban mereka tidak disenangi ramai pihak sehingga pelbagai fitnah mula ditimbulkan terhadap mereka. 

Bagi peminat Majalah 3 pula jangan lupa menyaksikan kisah perjuangan pahlawan negara, Mat Kilau yang akan bersiaran pada 2 September jam 9 malam dihoskan Nurul Fariha On. 

Menyusul pula program TV9, Nasi Lemak Kopi O bermula jam 8 pagi lintas langsung dari Dataran Merdeka dengan membincangkan isu-isu menarik dan terkini berkaitan Hari Kemerdekaan Malaysia bersama hos antaranya AG, Luqman, Hani Hatim dan Aida. 

Pada jam 10 pagi pula, drama Adikarya Lazizah menemui penonton yang mengisahkan kecekalan dan kegigihan seorang wanita menjaga tiga anak perempuannya tanpa suami di sisi lakonan hebat Normah Damanhuri, Lisdawati, Amanda Misbun dan Memey Suhaiza. 

Siri kartun animasi 3D Upin & Ipin yang pernah mencecah sehingga 1.5 juta penonton di TV9 akan ditayangkan pada jam 7.37 malam di mana episod kali ini mengisahkan bagaimana Upin & Ipin menyambut Merdeka tahun ini. 

Pada 1 September pula, penonton boleh menyaksikan drama hebat berjudul Si Tudung Tweet yang akan ditayangkan pada jam 12.30 tengah hari yang mengisahkan Zubaidah sanggup melakukan apa saja demi untuk mengalihkan perhatian yang diberikan kepada Marissa, pelajar popular di kolejnya. 

Drama hebat ini dilakonkan oleh Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Izzue Islam. 

Dalam pada itu Astro bakal membawakan lebih 190 program dan daripada jumlah itu, 60 program adalah yang pertama kali disiarkan seperti Inspirasi Negaraku dan U Wartawan: Tanah Tumpah Darahku, Di Sebalik Kegemilangan dan Merdeka Tournament, My New Village Stories (Sr3) dan AIM Awards, Kaalathaal Marakkapatta dan Paathodu Settai. 

Kempen Negaraku The Best of 1 Malaysia yang dianjurkan oleh Astro turut berlangsung sejak 15 Ogos lalu hingga 16 September depan bagi meraikan kepelbagaian yang wujud di Malaysia dan mampu dinikmati oleh pelanggan menerusi satelit DTH, IPTV dan Astro On-The-Go. 

Antara program yang akan ditayangkan adalah seperti Tastemakers yang memaparkan kejayaan rakyat Malaysia yang diinspirasikan oleh Yuna, Sereni dan Shentel, Joel Neoh dan Ifzan Ibrahim di LI HD (Saluran 728), Ride & Seek; sebuah dokumentari berkenaan perkara yang menarik dan yang paling jarang dilakukan di setiap negeri di Malaysia. 

Selain itu, penonton yang meminati program bersejarah boleh menonton dokumentari yang me­nyoroti pembangunan dan pencapaian Malaysia selama 50 tahun sejak 1963 berjudul, Malaysia: Through the Decades di NGC (Saluran 553) dan Lost Over France: Malaya’s Unsung Hero di History dan History HD (Saluran 555 dan 575), kisah sebuah keluarga yang menentang British sewaktu Perang Dunia Kedua dan juga kisah pesawat perang - The Hawker Typhoon. 

TLC (Saluran 707) pula bakal menayangkan Passage to Malaysia bersama-sama Denise Keller yang menikmati percutian paling mewah di Malaysia untuk melihat sendiri hasil kesenian, kraftangan, budaya, makanan dan lokasi yang menarik manakala Wildlife Defenders di Discovery dan Discovery HD (Saluran 551 and 571) akan membawa penonton untuk menyaksikan sendiri tugas sebagai renjer hidupan liar dan mende­ngar sendiri kisah tragedi dan kejayaan menumpaskan aktiviti penyeludupan haiwan. 

Pelanggan juga berpeluang untuk menyaksikan program-program ulangan terbaik seperti Konsert Kenangan Sudirman di Astro Prima (Saluran 105), My New Village Season 3 di Astro AEC (Saluran 301) yang menayangkan pembangunan dan perubahan di New Villages Stories (Sr3) dan saksikan Datuk Rahim Razali di Astro Arena (Saluran 801) dalam Di Sebalik Kegemilangan, mengulas legasi terhebat sukan Malaysia dan kejayaan wira-wira sukan yang pernah memartabat­kan sukan negara. 

Pada Merdeka kali ini, perlawanan Pestabola Merdeka secara langsung di Astro Arena turut diadakan. Ia adalah kejohanan bola sepak paling lama pernah dianjurkan di negara ini dan akan bermula pada 7 Sep­tember depan, selepas empat tahun berehat. 

Rakyat Malaysia yang akan melancong atau sedang menetap di luar negara masih boleh merasai kemeriahan pesta Hari Kemerdekaan dengan Astro On-The-Go menerusi Astro Awani dan Astro Arena dengan melayari www.astro.com.my/negaraku untuk melihat jadual program istimewa ‘Negaraku, The Best of 1Malaysia’ yang akan berakhir 16 September depan.

Sumber :Metro

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...