Searching...

Get This

Saturday, October 10, 2015
11:51 PM 0

(VIDEO):Sesuatu Yang Berlaku Apabila Wanita Palestin Ditembak Kerana Cuba Tikam Askar Israel

DALAM tempoh 24 jam, seorang lagi rakyat Palestin telah menjadi mangsa kekejaman Israel selepas dia ditembak mati kerana cuba menikam tentera Israel di Hebron.
Menurut jurucakap tentera Israel, wanita yang berusai 19 tahun itu dikenali sebagai Hadeel Salah Al-Hashlamon merupakan seorang pelajar Universiti dikatakan telah mencuba untuk menikam tentera Israel.
Middle-East-Unrest (1)
Hadeel telah dicederakan dan ditembak beberapa kali termasuk di bahagian dada sehingga mati walaupun askar tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jelas tentera Israel di sana adalah tentera yang bacul dan pengecut kerana takut serta tergugat dengan seorang wanita ‘kerdil’ yang berjuang tanpa memiliki apa-apa senjata yang membahayakan.
Berdasarkan laporan media tempatan, wanita itu dibawa ke hospital di Israel sejurus selepas dia ditembak.
Middle-East-Unrest (2)
Bapa saudara Hadeel Salah Al-Hashlamon meratapi kematiannya selepas ditembak tentera Israel.
Namun ada agensi berita yang memuat naik satu video yang menunjukkan tubuh badan wanita berkenaan dibiarkan bergelimpangan di tempat kejadian sebelum ia ditarik keluar daripada rakaman lensa kamera.
Awal selasa lalu, seorang lelaki Palestin telah ditembak sehingga mati selepas dia didakwa telah membawa bahan letupan dan cuba meletupkan kenderaan tentera Israel di bandar yang sama. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Video wanita 19 tahun dibiarkan bergelimpangan selepas ditembak.


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...