Searching...

Get This

Monday, October 5, 2015
5:17 PM 0

(Video) Wanita Parah Ditetak Bertubi-Tubi Oleh Suami Dan Rakan Di Hadapan Ibu Sendiri


KANTOi!! VIDEO DOKTOR GATAL DIRAKAM CABUL PESAKIT


Menjadi perbualan di media sosial sejak semalam tentnag sebuah video yang dimuatnaik menunjukkan aksi kejam seorang wanita ditetak bertubi-tubi oleh dua orang lelaki yang dipercayai suami dan rakan mangsa.

Kejadian dikatakan berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan di mana menunjukkan wanita berkenaan ditetak bertalu-talu dihadapan rumahnya dan cuba dileraikan oleh seorang wanita lain yang dipercayi ibu mangsa tetapi gagal.

Link VIDEO (Amaran, paparan video kejadian mungkin mengganggu emosi, jika tidak kuat semangat dinasihatkan tidak membuka link)

Bagaimanapun, dilaporkan pihak polis telah berjaya menahan kedua-dua suspek berkenaan selepas 30 minit kejadian berlaku.

Suspek berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan polis ketika kira-kira jam 7 malam kelmarin di Plaza Tol Mambau selepas terlibat dalam kes menetak seorang wanita berusia 20-an di kediamannya di Taman PD Utama, di sini kira-kira jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, polis bertindak atas maklumat ahli keluarga.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat, polis segera menjalankan gerakan memburu suspek.

Polis kemudiannya berjaya mengesan kereta yang digunakan suspek ketika kejadian jenis Perodua Myvi di kawasan Lukut dan terus mengekori kenderaan tersebut.

“Suspek yang menyedari mereka diekori memecut masuk ke Plaza Tol Mambau sehingga melanggar pengadang tol lalu keretanya tersekat di kaunter pembayaran dan anggota polis berjaya menahan mereka," katanya.

Pihak polis berjaya menemui dua bilah parang yang digunakan suspek di dalam kereta Myvi berkenaan.

“Salah seorang suspek adalah suami mangsa dan kedua-dua mereka direman selama empat hari hingga Isnin depan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan anggota badan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.



>>selanjutnya dan Lihat VIDEO DISINI<<



Sk.my






Artikel Menarik:

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...