Peningkatan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dari bahaya kanserpayudara dilakukan oleh sebuah syarikat melalui bra bervideo.
Dalam video ini, seorang perempuan ditugaskan untuk berjalan mengelilingi bandar. Iadiwajibkan untuk melakukan pelbagai perkara mudah yang biasa dilakukan perempuanlain, misalnya, bertemu rakan kerja, membeli kopi, dan berjalan-jalan. Namun, dalammenjalankan tugasnya ini, sang perempuan menggunakan baju yang cukup mengundangperhatian. Ia memakai bra berwarna pink cerah.
Bra yang dipakai ini cukup rendah sehingga menonjolkan kedua payudaranya. Untukmengira berapa banyak orang yang melirik payudara anda, bra ini dilengkapi dengansebuah kamera kecil di bahagian tengah bra. Bentuknya dibuat menyerupai kancing.
Di bahagian luarnya, ia memadukannya dengan menggunakan sebuah sweater ringanberwarna abu-abu. Sweater ini dikancingkan pada kancing terbawah sweater sehinggabra dan payudara menjadi pusat perhatiannya. Kamera ini akan menangkap semuagerakan orang dan arah mata mereka.
Hasilnya?
Hampir semua orang yang berinteraksi dengannya memandang payudara. Tak cuma laki-laki muda, tetapi laki-laki separuh baya dan perempuan muda pun mencuri pandanguntuk melihat payudaranya.
Pembuatan video ini bertujuan untuk mengingatkan perempuan bahawa ia harusmenjaga kesihatan payudara. Pasalnya, semua orang terus-menerus melirik payudaraanda.
Jadi, luangkan sedikit masa untuk melakukan pemeriksaan payudara secara teratur.Begitulah pesan yang ingin disampaikan.
Sumber: yahoo news
0 comments:
Post a Comment