Searching...

Get This

Friday, October 17, 2014
5:51 PM 0

Cegah Maksiat Atau Aibkan Perempuan??



Kes pasangan berkhalwat ditangkap kerana melakukan maksiat tetapi kemudiannya jadi mangsa pihak berniat jahat bukan perkara asing.
Sebelum ini pun, pernah tersebar rakaman pasangan ditangkap khalwat di Melaka oleh orang kampung. Inilah jadinya bila mengintai dan menangkap pasangan khalwat dilakukan di luar bidang pekerjaan apatah lagi mempunyai kad kuasa

Kalau benar untuk cegah maksiat tak mengapa tapi jika tidak ada undang-undang jelas maka dibimbangi semakin banyak kes tipu dan menyebar keaiban orang lain dilakukan pihak tak bertanggung jawab.
Dalam satu video yang kini tersebar, satu pasangan boleh dikatakan telah menjadi mangsa puak jahat bertopengkan agama.

Mungkin pihak yang menyebarkan video ini berniat mahu memalukan pasangan terbabit tapi apa yang dapat dilihat adalah perangai keji mereka sendiri.
Kot ye pun pasangan terbabit bersalah apa hak mereka untuk menggunting rambut dan baju termasuk perempuan yang ditangkap itu kemudian dirakam dan disebarkan?
Berdasarkan loghat pertuturan kejadian dipercayai sama ada berlaku di  Selatan Thailand (jadi ia tertakluk pada undang-undang sana.)

Kalaulah kejadian berlaku di negara ini maka perempuan yang dihina demikian rupa dalam rakaman ini sepatutnya boleh membuat laporan kes cabul.
Sesungguhnya para ‘pencegah maksiat’ yang kononnya siap berceramah agama lagi dalam video ini jauh lebih hina daripada pasangan terbabit yang berdosa dengan Allah Taala sahaja sedangkan mereka yang berdosa menyebarkan aib manusia lain belum tentu akan diberikan kemaafan sampai mati kerana kelakuan melampau ini

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...