Searching...

Get This

Monday, August 25, 2014
11:17 PM 0

[Vedio & Gambar]: Pengantin Separuh Bogel Berjalan Ditengah Bandar

Apa dah jadi dengan pasangan pengantin ini??.tak terfikir ke apa yang orang katakan nanti. Memang tak tau malu!!..
Ipoh: Selepas pesta sukan bogel di Pulau Pinang yang menggemparkan negara, pengguna jalan raya di sekitar Jalan Sultan Yussof di sini, digemparkan pula dengan gelagat satu pasangan dipercayai model pengantin yang berjalan dalam keadaan separuh bogel ditengah-tengah kesibukan lalu lintas untuk menjalani sesi fotografi di laluan itu, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berkenaan dilihat hanya memakai bikini berwarna putih manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang hitam tanpa baju. 
Tindakan pasangan itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pengguna jalan raya malah gambar pasangan terbabit juga dilaporkan sudah mula tersebar meluas di media sosial dan menjadi kritikan hebat. 

Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, rakaman sesi fotografi itu dipercayai dilakukan tidak lama iaitu kira-kira 10 minit, bagaimanapun ia menarik minat pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan kerana mereka berpakaian menjolok mata serta tidak senonoh.


Foto



Gambar pasangan terbabit yang dirakam seorang pengguna facebook dipercayai diambil berhampiran sebuah bank berhampiran Padang Ipoh di sini, dan kini sudah tersebar dan dikongsi ribuan pengguna facebook lain.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...