Searching...

Get This

Thursday, August 14, 2014
4:50 PM 0

Akhirnya Ke Tali Gantung.

Masih ingatkah anda dengan perompak yang telah membunuh kejam seorang pekerja bank tahun lalu?. Pada hari ini setelah beberapa lama menjalani perbicaraan akhirnya dia dijatuhkan hukuman ke tali gantung.
Shah Alam: Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap bekas pengawal keselamatan AmBank, La Ode Ardi Rasila selepas didapati bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Dalam keputusannya, Hakim Aktar berkata, berdasarkan pembelaan, tertuduh didapati sengaja melepaskan tembakan ke arah Norazita pada hari kejadian. 
Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Subang Jaya, Norazita Abu Talib, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. - Gambar Fail

"Saya tidak boleh terima pembelaan mengatakan tembakan itu terlepas kerana senjata itu mengalami kecacatan.
Foto

"Keterangan pakar senjata api jelas menunjukkan bahawa untuk melepaskan tembakan individu perlu mengalihkan pin kepada tembak dan menekan picu. Senjata itu juga dalam keadaan baik," katanya.


Mengikut pertuduhan, La Ode, 36, didakwa membunuh Norazita, 37, di dalam bangunan AmBank, nombor 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.

Dia turut didakwa melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun dengan niat menyebabkan kematian kepada pegawai AmBank itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pihak polis berjaya menangkap lelaki itu pada 11 November tahun lalu, di Johor Bahru.



0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...