Searching...

Get This

Sunday, April 20, 2014
5:34 PM 0

Wajarkah??Pameran Fesyen ‘Separuh Bogel’ Di Mid Valley

Malaysia merupakan sebuah negara islam, tetapi jangan pelik kalau sebuah pertunjukan fesyen yang mana model-model seksi hanya mengenakan bra dan bikini sahaja diadakan secara terbuka di sebuah pusat beli belah terkenal di Malaysia.
Ini merupakan satu acara susulan selepas pelancaran Pameran Bra Wanita Terbesar di Kuala Lumpur  beberapa minggu yang lalu.
Dan dibawah adalah beberapa gambar yang diambil semasa acara fesyen tersebut berlangsung. Amaran untuk mereka yang dibawah umur, kandungan gambar adalah amat tidak sesuai untuk anda. Juga tidak sesuai buat semua untuk melihatnya kerana gambarnya tersangat seksi.(Gambar terpaksa dikaburkan)
2

2


2

2

2

Kita boleh dilabel sebagai ‘kolot’, tetapi tindakan penganjur menganjurkan pertunjukan fesyen ‘separuh bogel’ secara terbuka itu bagi kita benar-benar memalukan, apatah lagi di tempat seperti di MidValley di mana ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk membeli-belah dan bersantai.

Bukan hanya pengunjung beragama Islam, pengunjung bukan Islam pun majoritinya pasti MALU dengan apa yang berlaku.


Betul, namapun pakaian dalam takkan nak tunjuk modelnya berbaju batik tetapi persoalannya – WAJARKAH IA DILAKUKAN DI TEMPAT TERBUKA SEBEGITU????


Para model yang berada di atas pentas peragaan dengan tidak segan silu bukan saja menonjolkan pakaian dalam yang memberahikan, tetapi pada masa yang sama menonjolkan susuk tubuh mereka yang menggiurkan itu di depan ribuan pengunjung tak mengira tua muda, remaja atau pun bawah umur!
Tindakan takda otak pengurusan MidValley ini akhirnya membuka ruang dan peluang kepada macai-macai pembangkang untuk menghentam dan mengutuk keranjaan BN melalui media sosial terutama di twitter dan facebook. Pihak kerajaan diharap dapat mengambil tindakan drastik terhadap pengurusan MadValley yang mungkin secara halus menggunakan cara ini untuk memburukkan nama kerajaan sekarang.
Kami terpaksa tunjukkan juga sebagai bukti acara fesyen ini betul-betul wujud dan ianya dianjurkan di sebuah negara islam Malaysia tercinta ini. Semoga ada pihak-pihak berwajib ambil tahu, sentiasa peka dan ambil tindakan tegas atas segala aktiviti yang berlangsung ini!
Nota: Program peragaan seluar dalam dan baju dalam telah diadakan di Midvalley Mega Mall anjuran sebuah syarikat pengeluar dan penjual pakaian dalam wanita.
Tentu sekali pertunjukan terbuka seperti itu memerlukan permit, sekalipun sebenarnya ia dibuat dalam kawasan tertutup.
Ini adalah kerana pertunjukan tersebut boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja yang datang ke Midvalley Megamall, Seputeh.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...