KIRA-KIRA lima hari lalu, penyanyi Black memaklumkan melalui akaun Instagramnya bahawa isteri kesayangannya, Naquia Yasirah atau Chira telah menhidap demam denggi.
Akibatnya, Chira telah ditahan di wad hospital untuk rawatan lanjut.
Ternyata Black tidak putus-putus memohon agar peminat mendoakan isterinya itu cepat sembuh menerusi akaunnya itu.
“Mulanya saya sangka isteri mengandung kerana sebelum itu doktor memberitahu terdapat simptom Naquia hamil tetapi kami perlu tunggu sebulan lagi untuk mendapatkan kepastian.
“Bagaimanapun keadaannya semakin buruk sejak dua hari lalu apabila demamnya tidak kebah dan sentiasa muntah-muntah membuatkan saya cemas dan membawanya ke hospital,” ujarnya menerusi mStar Online.
Tak mengapalah Black. Kami yakin berkat doa ramai, Chira akan kembali pulih dengan izin-Nya.
Jom lihat gambar Chira yang dimuatnaik oleh Black.
Oleh: ELZA
(Sumber: Instagram Black)
0 comments:
Post a Comment