Saya berpengalaman membuat liputan pelbagai kes penipuan di internet membabitkan warga Nigeria digelar 'internet parcel scam'. Diringkaskan, mangsa warga tempatan diperdaya untuk membayar sejumlah wang kononnya untuk menebus bungkusan, parcel dihantar dari luar negara, didakwa mengandungi jutaan mata wang asing atau barang berharga.
Setelah menjelaskan bayaran secara berperingkat kepada suspek menyamar, mangsa akhirnya menyedari ditipu dan kemudian membuat laporan polis.
Semalam, akhbar The Star mendedahkan kisah kejayaan pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK Bukit Aman, memberkas 15 suspek sindiket penipuan di Lembah Klang. Mereka terdiri daripada lelaki dan wanita berbangsa Melayu, Cina, India, Sikh dan Nigeria.

Tambah beliau, polis memulakan siasatan sebaik mendapat maklumat, wanita warga Singapura, 60 tahun, menetap di Johor Bahru, Johor, kerugian lebih RM566,000 akibat diperdaya untuk menebus bungkusan kononnya mengandungi 750,000 Pound Sterling. Mangsa berkenalan dengan suspek melalui laman sosial, Facebook.
Suspek Melayu ditahan, berusia 42 tahun dan berstatus janda, beranak 12. Menariknya, dalam kes ini, lima lelaki Nigeria diberkas, ayah kepada sebilangan daripada anak dilahirkan oleh wanita berasal dari Kelantan itu.
Saya menghubungi wartawan program 999, Hazlin Hussin untuk memperoleh makumat lebih terperinci.
"Wanita Melayu itu berambut perang, tubuh berisi dan mengaku masih mengingati surah Al-Fatihah tetapi kini cenderung mengamalkan ajaran agama Kristian. Dia menangis sewaktu berbual dengan Lin tetapi memang dia sukakan lelaki Nigeria. Katanya, dia cuma belum meminum holly water sahaja lagi," katanya.
[ Sumber : The Star ]
Hazlin bakal muncul dengan laporan khas mengenai kes penipuan internet itu.
Dia kini terpaksa menerima balasan hukuman dunia.
sumber: Blogger pemberita (mazidul)
0 comments:
Post a Comment