Searching...

Get This

Tuesday, January 28, 2014
4:12 PM 0

Mak Sedara, 46 Diratah & Dikenduri Anak Sedara Sendiri !

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal berusia 46 tahun mendakwa menjadi mangsa
nafsu buas anak saudara lelakinya sendiri berusia 22 tahun dalam kejadian di
sebuah rumah di ibu negara, kelmarin. 

Lebih mengejutkan, suspek turut membawa rakannya untuk merogol mangsa selain 
merakam gambar bogel mangsa untuk simpanannya serta mengugut mangsa untuk 
terus melayan nafsunya jika tidak mahu gambar bogel berkenaan disebarkan.

Menceritakan semula kejadian malang itu, mangsa dikenali sebagai Siti, seorang
pekerja am berkata, dia  tinggal serumah dengan anak saudaranya itu sejak
kematian suami dua tahun lalu tidak pernah menyangka anak saudaranya itu
tergamak melakukan perbuatan itu terhadapnya.

Menurutnya, anak saudaranya itu dipelihara seperti anak sendiri.


“Bagaimanapun, minggu lalu, saya menemui klip video lucah dalam telefon
 bimbitnya dan apabila ditegur dia marah kepada saya sebelum hanya
mendiamkan diri selepas itu.

“Kelmarin, ketika kami berdua sedang menonton televisyen di rumah,  dia yang
baru pulang selepas melepak bersama rakan-rakannya tiba-tiba meminta maaf
dengan saya atas kelakuannya tempoh hari sebelum membawa air minuman
berkarbonat untuk saya,” katanya.


Katanya, selepas meminum air yang diberikan anak saudaranya itu, tiba-tiba
 dia berasa pening sebelum tidak sedarkan diri dan apabila tersedar selepas
beberapa jam selepas itu  mendapati dirinya berada di sebuah rumah lain dan
lebih mengejutkan, dia turut tidur  bersama anak saudaranya serta rakan lelakinya.

Ketika itu, baru saya sedar menjadi mangsa nafsu buas kedua-dua lelaki itu
dan apabila saya memarahinya, dia menunjukkan gambar bogel saya yang dirakam
 ketika saya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia turut mengugut saya supaya melayan nafsunya lagi jika tidak mahu
dicederakan dan  bimbang dengan keselamatan diri, saya membuat aduan di Balai Polis
Salak Selatan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...