Searching...

Get This

Friday, September 27, 2013
8:16 AM 0

Adam, Fiza sah bergelar suami isteri

  • Adam, Fiza sah bergelar suami isteriAdam, Fiza sah bergelar suami isteri. - Foto ihsan Oh Bulan

    •  1 / 1 
      TAHNIAH kepada kedua selebriti, Adam atau Mohd Aizam Md Saman, 30 dan Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul halim, 32 yang telah sah bergelar pasangan suami isteri, hari ini.

      Fiza yang juga bekas penyanyi kumpulan Elite itu telah selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin berjumlah RM300 oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapanya, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Shah Alam.

      Kedua pasangan pengantin baru dilihat memilih warna putih sebagai busana pada majlis akad nikah, pagi tadi.

      Sebelum ini, penyanyi Adam AF2 mengaku tidak peduli dengan status janda bakal isterinya itu.

      "Secara jujurnya saya tidak pernah kisah tentang status seseorang wanita itu, memang ramai yang bertanya saya sama ada saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.

       "Saya sudah bersedia Insya-ALLAH, harap semua pihak dapat doakan agar saya dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas," katanya.
      7:46 AM 0

      Hilang ibu digilis lori

      Kuala Lumpur: Sukar digambarkan perasaan seorang suami apabila melihat mayat isterinya dalam keadaan mengerikan akibat digilis lori pembancuh simen di Jalan Tanah Lapang off Jalan Sentul, di sini, semalam.
      “Sebaik tiba di lokasi kejadian saya lihat isteri saya terbaring di bawah lori dan berlumuran darah,” kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 32, itu dengan nada sebak.
      Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, isterinya, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, maut dengan badan hampir putus akibat digilis tayar belakang sebelah kiri lori.

      Sebelum itu, motosikal ditunggang mangsa yang ketika itu dalam perjalanan mengambil anaknya pulang dari sekolah, hilang kawalan selepas bergesel dengan lori berkenaan.
      Foto
      KEADAAN motosikal ditunggang mangsa yang terbabit kemalangan.

      Sham, 32, yang juga anggota polis di Balai Polis Sentul berkata, kira-kira 20 minit sebelum kejadian dia ada menghubungi isterinya mengingatkan arwah supaya mengambil anak kedua mereka di sekolah.



      Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

      Thursday, September 26, 2013
      10:28 PM 0

      Pelik- Hidung baru atas dahi

      Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.
      Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

      Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.
      Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.

      Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.

      Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.
      Foto
      HIDUNG baru Xiaolian.
      Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.



      Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. - Agensi

      Sumber : Harian Metro
      Monday, September 23, 2013
      10:48 PM 0

      Pembunuh upahan ditangkap


      KUALA LUMPUR: Pembunuh upahan dikenali sebagai Jian atau digelar Si Empat Mata (Sei Ngan Chai) yang amat dikehendaki polis selepas terbabit menembak mati pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian (AMBANK) Hussain Ahmad Najadi, 75, pada 29 Julai lalu berjaya ditangkap polis di sebuah rumah di Taiping, Perak, malam tadi.
      Lelaki itu berusia 44 tahun yang juga suspek utama kes pembunuhan Hussain Ahmad Najadi berjaya ditangkap kira-kira jam 12.30 malam selepas bersembunyi di sebuah rumah di Taman Larut Tin Tambahan, Taping, Perak, dekat sini.
      Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kejayaan menangkap suspek terbabit selepas polis mengeluarkan maklumat berkaitan lelaki itu di media massa dan hasil maklumat daripada orang awam serta risikan yang dijalankan.

      Menurutnya, selain itu, pihaknya turut menahan dua lelaki di kediaman terbabit berusia 26 dan 31 tahun kerana disyaki memberi perlindungan kepada suspek.

      “Kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

      “Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kita sedang mengesan senjata api yang digunakan suspek untuk membunuh mangsa,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Media IPK Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

      Khalid berkata, dua rakannya yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 212 Kanun Keseksaan.

      “Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas maklumat orang ramai dan usaha gigih Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Kuala Lumpur membuahkan hasil apabila berjaya menangkap suspek utama kes pembunuhan ini,” katanya.

      Harian Metro sebelum ini melaporkan pengasas AMBANK Hussain Ahmad Najadi, 75 ditembak seorang lelaki di sebuah tokong Cina di Jalan Ceylon menyebabkan beliau maut di tempat kejadian selepas terkena dua tembakan di dada dan rusuk kiri.

      Dalam kejadian jam 2 petang itu, isteri Hussain, Cheong Mei Kuen, 49, turut ditembak menyebabkan beliau cedera dan dirawat di Hospital Tung Shin.
      Friday, September 20, 2013
      5:43 PM 0

      Masuk jerat sendiri!

      Bahau: Harapkan pagar, pagar makan padi! Itu perumpamaan sesuai diberikan kepada dua kakitangan Jabatan Kesihatan yang ditugaskan memeriksa tempat pembiakan nyamuk aedes di sebuah bengkel kereta di Kawasan Perindustrian Kwang Hup, di sini.
      Ini berikutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka disyaki memasukkan jentik-jentik ke dalam kolam takungan di premis itu sebelum meminta ‘duit kopi’ RM50 daripada pemiliknya untuk mengelak dikenakan tindakan lanjut. 
      Kejadian berlaku jam 12 tengah hari, Selasa lalu membabitkan seorang kakitangan wanita dan rakan setugas lelaki yang memakai jaket tertera Jabatan Kesihatan. 

      Pemilik bengkel berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Thambi, 52, berkata ketika kejadian dia tiada di kedai berikutan mempunyai urusan di luar.
      Foto
      PEGAWAI Jabatan Kesihatan negeri melawat keadaan kolam terbabit.

      “Saya dihubungi pekerja memaklumkan kakitangan Jabatan Kesihatan datang membuat pemeriksaan bagi mencegah demam denggi dan mendapati sebuah tangki di bengkel saya ada jentik-jentik.
      5:29 AM 0

      Anak mati di pusat asuhan

      KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.
      Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam. 
      Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

      Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.


      Foto


      "Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.

      "Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.

      Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

      "Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.

      "Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu," katanya.

      Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.

      "Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
      5:17 AM 0

      40 Tahun baru ditemui Enam mayat dalam dua kenderaan lama dari dasar sebuah tasik,





      Oklahoma: Enam mayat ditemui dalam dua kenderaan lama dari dasar sebuah tasik, semalam.

      Penemuan itu pula berlaku secara tidak sengaja apabila polis menguji peralatan sonar baru mereka. 
      Penemuan di Tasik Foss dekat Elk City itu dipercayai dapat menyelesaikan kes kehilangan beberapa individu yang berlaku lebih 40 tahun lalu.

      Dua kenderaan yang ditemui ialah kereta Chevrolet keluaran 1950-an dan Camaro keluaran 1969.
      Foto
      DUA kereta yang ditarik keluar dari dasar Tasik Foss.

      Di dalam Camaro itu polis menemui tiga set rangka dipercayai remaja tempatan yang hilang selepas keluar memandu pada 1970.

      Di dalam Chevrolet pula, terdapat tiga lagi mayat iaitu lelaki berusia 69 tahun dan dua rakannya yang hilang pada akhir 1950-an atau awal 1960-an.

      Pihak berkuasa belum mengenal pasti mayat secara rasmi, tetapi akhbar tempatan sudah mendapat kaitan jelas antara Camaro dan remaja yang hilang berkenaan.

      Mereka masih menunggu keluarga mangsa yang terbabit mendedahkan nama mereka.

      Jimmy Allen Williams 16, Thomas Michael Rios, 18, dan Leah Gail Johnson, 18, hilang pada 20 November 1970 selepas menaiki Camero milik Williams.

      Walaubagaimanapun, selepas 40 tahun, mereka masih disenaraikan sebagai orang yang hilang selepas dipercayai lesap ketika menuju ke perlawanan bola sepak dekat Elk City.

      Hingga penemuan berita ini, mereka masih dimasukkan dalam senarai orang hilang. Terakhir mereka dilaporkan menuju ke lokasi pertandingan bola sepak di Elk City , namun dugaan lain juga muncul, mereka boleh jadi memburu di sekitar Foss Lake.

      ” Ternyata mereka ada di dasar tasik selama 40 tahun. Benar -benar tak terduga ,” kata Sheriff Custer County , Bruce Peoples kepada radio kwey.

      Ia percaya, 3 jasad yang tinggal tulang adalah remaja yang hilang di masa lalu.

      Sementara, juru cakap Oklahoma Highway Patrol, Betsy Randolph, berkata pasukan penyelam berada di Foss Lake, melakukan latihan dengan alat sonar , ketika mencari kenderaan itu minggu lalu.

      “Ketika menarik kereta keluar dari air , mereka mendapati tulang di dalam kereta pertama, ” katanya.

      Ketika mengangkat kereta kedua dari dasar tasik, juga terlihat tulang manusia. Penyelam dihantar ke dalam air , menyiasat sekitarnya, dan mencari tengkorak.

      Kini, tulang belulang itu dihantar ke pejabat pemeriksaan perubatan yang diharapkan akan menggunakan DNA dari keluarga untuk memastikan identiti mangsa.

      Sementara, seorang perempuan tempatan, Kim Carmichael , teman pemilik kereta Camaro , Jimmy Williams yang masa itu berusia 16 tahun mengaku terkejut dengan penemuan itu . ” Aku ingat dengan jelas , betapa hancurnya perasaan orang -orang ketika itu ,” kata dia. ” Kami tinggal di bandar kecil … Tak pernah sebelumnya terjadi hal seperti ini di Sayre . “

      Ketika kejadian , ayah Kim adalah petugas keselamatan di Beckham County , yang dekat dengan lokasi hilangnya ketiga remaja. Ayahnya meninggal pada 2003 lalu.

      “Ayahku berkata tak ada petunjuk. Mereka hilang begitu saja.”

      Oklahoma Highway Patrol berharap, penemuan mereka boleh memberi petunjuk pada para keluarga yang pernah kehilangan ahli keluarga mereka beberapa dekad lalu. Menyelesaikan misteri lama yang belum diselesaikan
       - Agensi
      Thursday, September 19, 2013
      5:34 PM 0

      Sayu minta tolong

      Melaka: “Saya terdengar jeritan sayu seorang gadis meminta tolong dari dalam kereta yang hampir terputus dua.
      “Pilu hati saya apabila gadis yang tersepit dalam kereta itu semakin lemah sebelum tidak bergerak beberapa saat kemudian,” kata pelanggan sebuah kedai makan dikenali sebagai Rohani, 39, di sini, semalam. 
      Rohani antara orang terawal tiba di lokasi kemalangan ngeri yang mengorbankan seorang pelajar Kolej Universiti Islam Melaka di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin, Balai Panjang, di sini, awal pagi semalam. 

      Dalam kejadian jam 1.20 pagi, Teh Arifah Hanani Mohd Nasri, 20, beralamat di Serendah, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala rakannya yang memandu Perodua Kancil dikenali Mohd Zul Akmal, 19, patah kaki kanan dan tangan kiri.
      Foto
      ANGGOTA bomba dan polis trafik melakukan pemeriksaan di tempat kejadian.

      Kedua-dua mangsa yang parah pada anggota badan tersepit dalam kereta yang remuk dan melekat pada pokok,” katanya.
      5:33 PM 0

      Azab enam jam

      Balik Pulau: Tempoh enam jam memeritkan terpaksa ditempuh seorang lelaki warga emas yang hanya mampu merintih sambil menahan kesakitan apabila dipukul penyamun sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi anak dan isterinya di sebuah rumah di Pondok Upeh, di sini, semalam.
      Dalam kejadian yang hanya disedari jam 9 pagi itu, mangsa, Chin Leng Wong, 83, maut apabila dipukul dengan kayu di kepala, muka dan beberapa anggota badannya, manakala isterinya, Chang Yook Kee, 71, terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP), akibat patah tangan juga angkara dibelasah penyamun. 
      Kejadian berlaku jam 3 pagi dan rumah mangsa yang terletak di atas bukit 200 meter dari jalan besar serta agak sunyi membuatkan penyamun mengambil kesempatan memecah masuk kediaman berkenaan. 

      Bagaimanapun, penyamun yang dikatakan lebih daripada seorang itu bertindak kejam dengan memukul pasangan warga emas terbabit walaupun mereka sudah mengambil barang kemas dan wang milik mereka.
      Foto
      ANGGOTA polis mengusung mayat Leng Wong yang maut dipukul dengan kayu dalam kejadian samun.

      Mangsa yang mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki itu memiliki dusun durian seluas 2.8 hektar dan kebun getah yang diusahakan sendiri.

      6:23 AM 0

      Mat rempit ragut kasih

      Muar: Mereka merancang hidup bersama, namun tidak terlaksana sebaliknya pasangan kekasih Mohd Azamudin Ahmad, 18, dan Wan Hs Norfatihah Wan Pauzi, 16, maut bersama selepas terbabit nahas di Kampung Parit Buah Keras, Jalan Temenggong, di sini, kelmarin.
      Dalam kemalangan jam 11.05 malam itu, pasangan terbabit yang bakal bertunang hujung tahun ini mati dalam keadaan ngeri apabila sebahagian anggota badan terputus akibat digilis treler sejauh hampir 40 meter. 
      Ketika kejadian Mohd Azamudin menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari pusat bandar untuk menghantar Wan Hs Norfatihah pulang ke rumah di Parit Bakar. 

      Difahamkan, ketika tiba di tempat kejadian Mohd Azamudin dari Parit Limbung, dekat sini, cuba memotong treler terbabit, namun gagal lalu bertembung sekumpulan mat rempit yang berlumba di laluan bertentangan.
      Foto
      ANGGOTA polis mengangkat jenazah mangsa.

      Akibatnya, Mohd Azamudin dan Wan Hs Norfatihah tercampak di atas jalan raya sebelum digilis treler berkenaan, manakala dua mat rempit yang dikatakan berlumba turut tercampak ke tepi parit berhampiran.

      Wednesday, September 18, 2013
      7:17 PM 0

      'Abu mayat Chin Peng pun tak layak pulang'

      Chin Peng

      KUALA LUMPUR - Nama Ong Boon Hua mungkin tidak mendatangkan apa-apa sentimen, namun jika disebut Chin Peng, sudah tentu ramai yang akan menarik muka kerana terkenangkan kisah kekejaman pasukan komunis.

         
      Nama anak kelahiran Sitiawan, Perak itu tersemat dalam lipatan sejarah negara kerana terlibat dalam gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpinnya, yang didakwa telah membunuh kira-kira 10,000 orang, termasuk 5,900 anggota keselamatan, semasa zaman Darurat dari 1948 hingga 1960.
         
      Justeru, pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, tidak hairanlah jika ramai yang menentang cadangan supaya abu mayat Chin Peng, yang dilantik sebagai Setiausaha Agung PKM pada usia 23 tahun, dibawa pulang ke Malaysia.
         
      "Chin Peng bukan seorang warganegara Malaysia. (Untuk itu) tidak ada keperluan melayan permohonan membawa abu mayatnya balik ke sini. Apatah lagi permohonannya untuk balik ke Malaysia juga pernah ditolak mahkamah pada tahun 2005," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
         
      Pendukung ideologi komunis itu meninggal dunia kerana sakit tua pada usia 89 di Bangkok, Thailand semalam, dan ironinya tarikh kematiannya jatuh pada 16 September yang merupakan ulang tahun penubuhan Malaysia yang ke-50, memandangkan dia antara individu yang menentang penyatuan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, serta Singapura pada masa itu.
         
      Ramlah berkata, kekejaman komunis bukan berlaku sehari dua atau sebulan dua, tetapi bertahun-tahun sehingga darurat diisytiharkan dari tahun 1948 hingga 1960.
         
      "Ramai dibunuh tanpa belas kasihan, rumah penduduk kampung dibakar. Berapa ramai anggota polis kita yang cacat menentang komunis, anak-anak menjadi yatim, isteri kehilangan suami? Semua itu sejarah yang tidak boleh dilupakan," katanya.
         
      Ramlah berkata, Chin Peng sebagai individu waras sudah tentu sedar bahawa keputusannya menyertai komunis pada tahun 1940 membawa kesan jangka panjang, termasuk dibuang negara.
         
      Tambahnya, pemimpin negara juga bukanlah kejam sehingga menolak mentah-mentah  permohonan bekas komunis untuk kembali ke Malaysia, malah Chin Peng sebelum ini ditawarkan untuk pulang ke negara ini berikutan Perjanjian Hatyai yang ditandatangani antara PKM, kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember 1989 yang membawa kepada pembubaran PKM.
         
      Mengikut perjanjian itu, semua anggota PKM yang berasal dari Malaysia dan Singapura, termasuk juga keluarga mereka, dibenarkan pulang ke Malaysia jika mereka membuat permohonan itu dalam tempoh satu tahun perjanjian itu dimeterai.
         
      Bagaimanapun, Chin Peng telah mensia-siakan peluang itu, katanya.
         
      Ramlah berkata, kerajaan Perikatan yang memenangi Pilihan Raya Tanah Melayu pada 1955 juga turut membuat tawaran pengampunan kepada anggota PKM, namun Chin Peng dengan angkuhnya enggan menerima pelan damai itu, menerusi Rundingan Baling 1955, kerana mahu PKM diiktiraf sebagai parti bebas.
         
      Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkata, masyarakat Malaysia tidak perlu membebankan diri untuk memikirkan cita-cita Chin Peng kembali ke Malaysia kerana 'dia adalah seorang pendatang yang telah cuba untuk merampas kuasa dalam negara dengan kekerasan yang amat kejam'.
         
      Malah ramai wira negara serta rakyat terkorban di tangan PKM, dan kerajaan juga turut membelanjakan wang yang banyak untuk menentang komunis bagi menjamin kedaulatan negara.
         
      "Sebab apa kita nak hiraukan dia lagi dan hendak bagi tempat di bumi kita kepadanya? Biarlah dia dikebumikan di bumi mana dia hidup sejak 60 tahun lalu.
         
      "Ratusan rakyat kita diculik pengganasnya sebelum 1989 dan hilang begitu sahaja...tiada tempat untuk keluarga mereka datang ziarah, maka mengapa kita mahu beri tempat (persemadian) kepadanya?," katanya.     
        
      Ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Dr Azharudin Mohd Dali yang turut menyokong tindakan kerajaan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang berkata: " Walaupun dibawa pulang dalam bentuk abu mayat dan disemadikan di sini, kemungkinan ianya nanti akan menjadi tempat lawatan kepada penyokongnya, atau mereka yang buta sejarah dan tidak begitu faham dengan matlamat Chin Peng."
         
      Justeru, beliau berpendapat adalah lebih baik jika pengkisahan Chin Peng termasuk abu mayatnya diselesaikan di Bangkok, yang telah menjadi 'rumahnya' sekian lama.  
         
      Bagi bekas anggota Tentera British, Mohd Majmuddin@ Mohamed Ngah, 76, kenangan ditembak komunis pada bahagian paha, perut dan leher masih jelas di fikiran, selain turut menyaksikan rakan sepasukan tumbang di tangan komunis.
         
      "Pasukan keselamatan adalah sasaran mereka dan kami harus sentiasa bersedia dan ada sekali saya baru hendak buka kasut, terus dapat arahan untuk ke Sungai Siput sebab ada tiga pengurus Eropah dibunuh komunis," katanya.
         
      Beliau yang menentang komunis di Cameron Highlands, Tanjong Malim, Slim River dan Sungai Siput juga mendakwa telah menembak mati 36 komunis sepanjang berkhidmat dengan tentera British pada 1956 hingga 1962. - Bernama


      7:15 PM 0

      Bunuh anak guna asap arang


      PETALING JAYA: Rahsia seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang lima hari tidak ke sekolah terbongkar selepas ditemui mati dalam percubaan keluarganya untuk membunuh diri bersama, di Sri Manja Square 1, di sini, hari ini.
      Difahamkan, ibu bapa mangsa sudah merancang cubaan bunuh diri itu yang dilakukan dengan cara membakar arang dalam bilik ketika mereka tidur namun tidak berjaya. 
      Selepas percubaan pertama gagal mereka melakukan perkara sama pada malam berikutnya. 

      Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamed berkata, dalam cubaan pertama pada malam 11 September lalu, ibu bapa mangsa membeli arang dan membakarnya dalam bilik utama rumah berkenaan ketika mereka hendak tidur.

      “Percubaan itu tidak berjaya. Kemudian percubaan kedua dilakukan pada keesokan hari dan hanya anak perempuannya saja yang maut. Keluarga ini menyembunyikan perkara ini," katanya.
      6:55 PM 0

      Luarbiasa!!..Kereta lutsinar guna teknologi keselamatan



    • Kereta lutsinar guna teknologi keselamatanRekaan kereta lutsinar ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

      •  1 / 1 


        FRANKFURT - GERMAN. Kereta lutsinar yang direka bentuk menggunakan teknologi keselamatan ini bertujuan untuk mengurangkan kadar nahas jalan raya.

        Menurut laporan DailyMail, pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa.

        Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.

        Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.

        "Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan," jelasnya lagi. 
        Tuesday, September 17, 2013
        4:26 PM 0

        Tragedi hitam hotel bajet

        Gombak: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun bertemu dengan teman lelakinya di sebuah hotel bajet di Rawang mengundang padah apabila dia menjadi mangsa samun dan rogol dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis.
        Malah, teman lelakinya 20-an turut menyerahkan RM500 dan telefon bimbit sebagai syarat mereka berdua tidak dibawa ke balai polis selepas diperdaya dua lelaki terbabit. 
        Dalam kejadian jam 6 petang, Sabtu lalu, remaja perempuan terbabit yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Rawang mengharungi detik hitam selepas dirogol bergilir-gilir oleh suspek yang mendakwa mereka anggota polis. 

        Bagaimanapun, perbuatan jijik suspek masing-masing berusia 25 dan 37 tahun itu tidak bertahan lama apabila Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak diketuai Asisten Superintendan Syed Azam Mohd menahan suspek di pondok pengawal tapak projek Lebuhraya Serendah Taman Setia, Batu 16 Rawang jam 2.30 pagi semalam.
        Foto
        ABDUL Rahim (tengah) menyoal suspek yang dipercayai terbabit kes samun dan rogol.

        Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian itu, suspek datang ke bilik hotel mangsa dan mengaku mereka anggota polis serta menuduh mangsa melakukan perbuatan maksiat.

        Sumber : Harian Metro

        Monday, September 16, 2013
        11:22 PM 0

        Ngeri!!..Kepala sebelah roda

        Kuantan: “Hati saya berdegup kencang melihat dua rakan saya sudah berada di bawah kenderaan itu dengan kepala seorang daripadanya berada betul-betul bersebelahan roda belakang kenderaan pacuan empat roda itu.
        “Saya cuba memanggil dan bersyukur kerana nyawa mereka masih panjang apabila memberi respons selepas nama dipanggil,” kata peserta konvoi ‘Malaysia Ride’, Mohd Rizal Ismail, 38.
        Pasangan suami isteri itu yang hanya dikenali sebagai Mizi dan Zuraidah berusia 30-an antara lima peserta konvoi yang cedera akibat dirempuh Toyota Hilux di Kilometer 43, Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Cherating, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam.

        Katanya, pasangan itu dikatakan tercampak ke bawah kenderaan berkenaan sejurus dirempuh dan si suami mengalami patah kaki kanan manakala isterinya hanya cedera ringan.
        Foto
        PESERTA konvoi membantu mengangkat rakan yang cedera.

        Foto

        Menceritakan kembali kejadian itu, Mohd Rizal berkata, 60 motosikal membabitkan 80 penunggang dan pembonceng berkonvoi dari Kuala Terengganu, Terengganu menuju ke Melaka dan merancang singgah di bandar ini untuk makan tengah hari.

        sumber : Harian Metro
        Friday, September 13, 2013
        9:35 AM 0

        Farah AF muflis?

        • Farah AF Farah AF
         1 / 2 
        NAMA Farah Diana Anuar atau Farah AF kembali menjadi perhatian ramai, apabila sebuah akhbar memaparkan nama dan alamat Farah, serta mendakwa bintang yang lahir dari program Akademi Fantasia musim kedua ini sudah muflis.

        Berita ini ternyata mengejutkan ramai pihak selepas penyanyi dan pengacara ini didakwa terlibat dengan kes mencuri.

        Ia menjadikan Farah sebagai artis kedua yang diisytiharkan muflis selepas penyanyi, Aweera, Julai lalu.

        Bagaimanapun, usaha Zass untuk mendapatkan bapa Farah sendiri tidak berhasil apabila telefon bimbitnya tidak diangkat, manakala telefon Farah ditutup.

        Sumber : Sinar Harian
        Thursday, September 12, 2013
        5:25 PM 0

        Bunuh suami selepas seminggu kahwin


        Jordan Linn Graham dan Cody Lee Johnson

        Missoula: Seorang wanita yang baru seminggu berkahwin didakwa kelmarin kerana membunuh suaminya dengan menolaknya dari sebuah tebing di Taman Negara Glacier ketika bertengkar. 

        Dokumen tuduhan menyatakan Jordan Linn Graham, 22, ragu-ragu untuk berkahwin ketika mayat suaminya, Cody Lee Johnson, 25, dari Kalispell, ditemui. 


        Bertengkar 

        Graham memberitahu seorang ejen FBI bahawa dia dan suaminya bertengkar pada 7 Julai lalu ketika mereka berjalan di kawasan Loop Trail di taman itu. 

        Pada satu ketika, dia berpatah balik, namun Johnson merentap lengannya, kata tertuduh. 

        Dia berpusing, meleraikan pegangan tangan suaminya dan “akibat berang, dia menolak Johnson yang membelakangkannya dengan kedua tangannya di belakang, mengakibatkan suaminya jatuh tersembam dari tebing,” kata satu afidavit. 

        Dilapor hilang 


        Johnson dilaporkan hilang 8 Julai lalu apabila dia gagal hadir ke tempat kerja. 

        Graham kemudian melaporkan dia menjumpai mayat suaminya. 

        Graham membuat kemunculan awal di mahkamah kelmarin di hadapan Majistret Jeremiah C Lynch atas tuduhan pembunuhan darjah kedua. Dia kini ditahan. 

        Peguamnya, Andrew Nelson, enggan mengulas. 

        Keluarga Johnson dan rakan lega selepas menggesa siasatan dijalankan sejak mayatnya ditemui pada 12 Julai lalu. 

        “Dua bulan mungkin tidak terlalu lama untuk FBI menyiasat, namun apabila anda menunggu jawapan, ia terlalu panjang,” kata rakan keluarga, Tracey Maness. 

        Maness berkata Johnson teruja dengan perkahwinannya dan mencintai Graham. 


        -AP (BH)
        5:04 PM 0

        Baca dulu, apa itu MegaStoon?..


        Kini Website yang masih baru dikenali sebagai MEGASTOON.COM mula popular di kalangan pengguna facebook. Admin tertanya-tanya apa itu Megastoon.

        Selidik punya selidik. Megastoon adalah salah satu cara mudah untuk anda menjana pendapatan secara sampingan dimana anda hanya perlu kongsikan link dan menunggu sesiapa yang berminat untuk mendaftar. Setiap pendaftaran, anda akan didebitkan wang sebanyak 15USD sebagai bonus untuk anda. 
        TANPA MODAL!!..ya tanpa modal..hanya share link sahaja..
        Sekiranya terdapat tugasan seperti survey, website ini akan menghantar ke email anda. 
        Melalui review-review yang admin perolehi mengenai website ini, 80% mengatakan ia adalah tidak benar dan tidak selamat untuk "SIGN-UP" ..

        Tiada risiko kerugian!!..mudah..pendaftaran yang cepat.. Tapi jika anda ingin mencuba, dipersilakan...
        kalau tak percaya, daftar dulu baru tahu kebenaran..
        klik web ini  http://bit.ly/1b8BYu0
        kalau masih ragu-ragu selepas mendaftar boleh buat  penolakan..

        LIHAT CONTOH YANG SAYA PEROLEHI DALAM MASA  3 HARI..INI PUN BARU BUAT PROMOSI SEKALI DI FACEBOOK..

        Jimmy Bin Dumpin Area: 
        Use the link below to generate traffic and earn money 2$ for every unique visitor that clicks your link. Good places to start posting your link are social websites like Facebook, Twitter, Google+, Youtube, forums, chat rooms, blogs, etc.
         Short The Link Via Bitly.Com To Get More Visits From Facebook

        Next Work
         Share this and Get + 3 USD Foreach one ( Limit Offer )
        YOUR STATS

        TOTAL VISITS : 3.5 
        TOTAL EARNING : 22 USD
        ASK FOR PAYMENT

        This Feature Will Be Available After : 78 USD 



        JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA, DAFTAR CEPAT..

        ShareThis

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...