Sk Longkogungan 8.2 km berjalan kaki...sewaktu...dalam perjalanan balik ke kota kinabalu hari ini, saya ambil masa berehat sekejap dekat sign board ini,tiba tiba sebuah van berhenti di belakang saya lalu kelihatan beberapa belia lelaki 6 org dan perempuan 3 org keluar dari kenderaan tersebut dgn muka sedih,saya bertanya apa yg berlaku dan kemudian beberapa lelaki tadi mula menarik sesuatu dari dlm van tadi.apa yg sangat memeranjatkan saya ialah,ketika saya mengetahui bahawa mereka sedang mengusung mayat ibu mereka yg telah meninggal di hospital kota kinabalu semalam.
Menurut wanita yang sempat bercerita dengan saya, ibu mereka menghidap penyakit kanser dan meninggal dunia di kota Kinabalu. Mayatnya harus di kebumikan di kampung halaman mereka iaitu di Kg Longkogungan. Menurut wanita itu, mayat ini akan di usung sejauh 8.2 km dan dijangka akan sampai pada jam 7.mlm. Pada waktu itu 9.45 pagi. Saya sangat sedih mengingatkan keadaan itu, terfikirkan laluan dan masa perjalanan yang mereka tempuhi.
Terbayang juga situasi sama yang dialami oleh guru-guru terpaksa berjalan kaki untuk sampai di sekolah ini. Kalaulah ada jalan raya yang hanya boleh di lalui oleh kenderaan pacuan 4WD itu sudah cukup baik berbanding dengan berjalan kaki..." INIKAH YANG DI NAMAKAN SABAH BARU YANG KAYA DENGAN KAYU, SAWIT DAN MINYAK.......WAHAI PEMIMPIN PEMIMPIN SEKALIAN...PANDANG DAN LIHATLAH...MEREKA INI ADALAH PEMEGANG IC ORIGINAL DAN BUKAN PEMASTAUTIN TETAP.".(luahan penulis asal)
0 comments:
Post a Comment