- Waris Mohd Amirul dicari bagi membantu memudahkan urusan pendaftaran persekolahannya pada Januari depan.
Ibu angkatnya, Zulaila Ahmad, 47, berkata, pihaknya memerlukan kehadiran waris atau wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak terbabit untuk membantunya menyelesaikan proses persekolahan untuk sesi Januari depan.
“Sebelum ini, saya diamanahkan untuk jaga dia selepas seorang wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Siti Fadlillah serahkan anaknya kepada saya pada Oktober 2010.
“Ketika itu, kanak-kanak itu masih kecil dan diserahkan kepada saya kerana dia tak mampu nak jaga dan mahu pulang ke kampung halamannya di Indonesia,” katanya.
Bagaimanapun Zulaila berkata, dia menghadapi masalah untuk menguruskan proses persekolahan dan pendaftaran memandangkan ibunya tidak memberikan pengesahan rasmi untuk menyerahkan anaknya untuk dibela.
“Atas nasihat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), saya perlu cari waris anak angkat saya itu untuk buat pengesahan secara bertulis supaya hak penjagaan anak angkat sah, sekali gus dapat mengelakkan masalah lain yang mungkin timbul.
“Saya harap waris atau ibu kanak-kanak itu dapat tampil membantu dengan menemui saya di No 50, Jalan 3, Taman Paduka Kuala Selangor,” katanya.
sumber: Sinar harian
0 comments:
Post a Comment