CHONQING, China - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilihat memukul dan menendang seorang bayi lelaki berusia 18 bulan di dalam lif sebuah apartmen di sini.
Kejadian itu yang dirakam kamera keselamatan lif berkenaan menimbulkan kemarahan penduduk tempatan selepas ia tersebar di internet.
Penduduk setempat yang berang dengan kejadian itu menggelarkannya sebagai "Budak Syaitan".
Rakaman bertarikh 25 November itu menunjukkan ibu kanak-kanak malang itu sedang menolak basikal mainan anaknya keluar dari lif berkenaan.
Namun, dia tidak menyedari bayi itu tertinggal di dalam lif bersama budak perempuan tersebut yang tiada pertalian keluarga dengannya.
Budak perempuan itu kemudian membelasah dan menendang mangsa sebelum dia mengangkat bayi tersebut dan mencampakkannya dari sebuah balkoni di tingkat 25 bangunan apartmen berkenaan.
Bayi lelaki malang itu kemudiannya ditemui di tingkat bawah apartmen berkenaan dalam keadaan parah sebelum meninggal dunia di sebuah hospital.
Pihak polis di sini memberitahu, kanak-kanak perempuan itu bagaimanapun tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang kerana masih di bawah umur. - Agensi
0 comments:
Post a Comment