Searching...

Get This

Sunday, December 29, 2013
10:27 PM 0

Budak koma terjatuh 30 meter

Georgetown:Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun koma selepas terjatuh dari buaian 'Euro Wheel' di tapak pesta di Sungai Nibong, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit yang mengikut bapanya berniaga di tapak pesta berkenaan dikatakan menaiki buaian gergasi itu sebelum lampu dan bekalan elektrik dimatikan.
Panik dengan keadaan itu, kanak-kanak terbabit dikatakan membuka pintu sebelum dia terjatuh dari ketinggian yang mencecah hampir 30 meter.

Berikutan itu, dia mengalami kecederaan organ dalaman dan kini masih koma dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Foto
BUDAK enam tahun mengapami kecederaan organ dalaman selepas terjatuh dari ketinggian hampit 30 meter. FOTO Muhammad Mikail Ong

Susulan daripada itu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 4 pagi tadi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri; Asisten Komisioner Nasir Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...