Searching...

Get This

Tuesday, December 17, 2013
3:17 PM 0

Benar ATAU Tidak?? Lihatlah Bagaimana Cara TNB mengira Bil elektrik



Bil diatas menunjukkan bacaan meter dalam tempoh 33 hari, dalam tempoh 33 hari dicatatkan 497 kwh telah digunakan dan caj penggunaan bagi 497 kwh adalah RM154,70. Persoalannya kenapa bil dibaca dalam tempoh 33 hari, kenapa tidak 30 hari ? Jika 497 kwh digunakan dalam tempoh 33 hari, ini bermakna secara purata penggunaan sehari ialah 15 kwh.

Namun tariff  0.218 dibaca sehingga kegunaan 213 kwh bukan seperti had biasa iaitu 200, tariff 0.334 dan 0.400 pula sehingga penggunaan 106 bukan 100, disini mungkin pengguna akan keliru dan beranggapan walaupun bil dibaca dalam tempoh 33 hari, tapi pihak TNB telah meningkatkan juga had penggunaan biasa dari pada200 kwh sehingga 213 kwh, takkan 3 hari 13 kwh jer ? 

Ok jika bil hendak dibaca dalam tempoh 33 hari, sepatutnya tarif 0.218 dibaca sehingga 245 kwh penggunaan bukannya 213 kwh, tariff 0.334 dan 0.400 pula pada had penggunaan 100 kwh seperti biasa bukannya 106, manakala tarif 0.402 akan berkurangan kepada 50 kwh bukannya 72 dan jumlah bil sebenar termasuk caj penalti ialah Rm 148.88 bukannya Rm 154.70. Bezanya adalah pengguna rugi Rm 5.82 sebulan akibat dikencing oleh TNB.

Bil bulan 8 dan 9 pada tempoh bacaan biasa iaitu 30 hari, kadar penggunaan juga lebih kurang dengan bil bulan 6 yaitu sekitar 4++ kwh atau Rm120 - Rm 130.

Bagaimanapun bagi bil bulan 10, bil dibaca dalam tempoh 35 hari dengan kegunaan sebanyak 514 kwh, jika TNB tak TIPU, penggiraan sebenar hanyalah Rm149.05 bukannya Rm 157.12, disini TNB dah kencing rakyat Rm 8.07 sebulan bagi seorang pengguna.
Kesimpulan dari masalah-masalah tersebut, dapat dirumuskan ianya sebagai cara dan kaedah TNB buat untung dengan mengenakan caj kepada rakyat. Sebentar tadi saya telah menghubungi pihak TNB menerusi talian 1300885454 bagi mendapatkan penjelasan mengenai permasalah berkenaan, dibawah adalah ringkasan dialog saya dan pihak TNB.

Saya - Macammana TNB kira (merujuk kepada bil bulan 10) bagi mendapatkan caj kegunaan 233 kwh untuk kadar 0.218, 117 kwh untuk kadar 0.334 dan 0.400 serta 47 kwh untuk kadar 0.402, adakah pengiraan itu berdasarkan jumlah penggunaan sebenar saya selepas tempoh 30 hari atau dalam masa 5 hari ?

Pihak TNB - Tidak, kita (TNB) punyai kaedah dan formula pengiraan sendiridimana blablablablax/-+=-+/* (pengiraan yang complicated).  Kalau encik nak lebih jelas lagi encik boleh datang mana-mana kedai TNB yang berdekatan.

Saya - Ohh, untunglah TNB kalau macam tu, sengaja datang baca bil lebih tempoh 30 hari kemudian kira pakai formula sendiri dimana formula itu merugikan pengguna walhal masalah ini (baca bil lebih tempoh 30 hari) berpunca daripada TNB bukan pengguna.

Saya - Kenapa TNB tak kira macam ni, ok total kegunaan ialah 514 kwh, 514 kwh dibahagikan dengan 35 hari, maknanya kadar penggunaan sehari ialah lebih kurang 15 kwh, maka 15 kwh darab dengan 5 hari, jumlahnya ialah 75 kwh, dan jumlah 75 kwh itu sepatutnya dicaj pada kadar 0.218. Bukan 33 kwh saja yang dicaj pada kadar 0.218, kemudian 17 kwh padar kadar 0.334 dan 0.400 seterusnya 8 kwh lagi dicaj pada kadar 0.402.

Pihak TNB - Ermmm, yang tu saya tak tahulah..., mungkin encik boleh datang ke TNB berdekatan  bagi mendapatkan penjelasan yang lengkap, selain itu encik juga boleh gunakan perkhidmatan kami yaitu e-service, blablablabla........

Begitulah serba ringkas al-kisah penipuan yang dilakukan oleh TNB apabila bil dibaca lebih tempoh 30 hari, walaupun penipuan melibatkan jumlah yang kecil antara RM5 hingga Rm10 sebulan, namun bagi  blogger sukarelawan #lifestyle @Ibdil seperti saya ianya satu amaun yang besar, RM5 dah lepas untuk 2 kilo gula dibuat kueh dalam masa sebulan.

Apapun yang paling penting bagi sebuah syarikat besar berstatus GLC adalah ketelusan, sepatutnya kaedah yang hendak digunakan oleh TNB itu dikaji supaya tidak ada ruang yang boleh dipertikaikan, malah TNB harus lebih bersikap terbuka dan 'transparent' dalam mewujudkan konsep menang-menang antara TNB dan pengguna. Kaedah pengiraan yang menguntungkan TNB diatas masalah yang berpunca daripada TNB adalah satu contoh sikap tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan kredibiliti TNB itu sendiri. 

Kes ke dua yang dilaporkan oleh akhbah Sinar Harian
TUMPAT – Penduduk di Kampung Kedemit di sini kecewa dengan perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) apabila bacaan meter dikira dalam tempoh 45 hari menyebabkan bayaran bil elektrik meningkat bagi bulan November.

Penduduk, Nor Mazalan Ab Ghaffar, sepatutnya bacaan meter dalam masa 30 hari dan kelewatan ini menyebabkan bil elektrik bagi bulan November di rumahnya tinggi kerana dikira pada tarif kedua, ketiga dan keempat yang dicaj berlainan kadarnya.

“Apabila lewat bacaan meter itu menyebabkan penggunaan unit melebihi 300 kWj pada bulan tersebut. 

“Semua maklum untuk 200 kWj dicaj sebanyak 0.218 sen/kWj, manakala untuk lebihan 100 kWj seterusnya dikira dengan kadar 0.334 sen/kWj dan lebihan 100 kWj seterusnya dikira dengan kadar 0.40 sen/kWj,” katanya.

Menurutnya, bagi pengguna yang menggunakan lebih 400 kWj mereka terpaksa membayar mahal bil elektrik kerana dikira pada kadar 0.40 sen/kWj.

“Sepatutnya perkara seperti ini tidak akan berlaku sekiranya pihak TNB membuat bacaan meter dalam tempoh 30 hari.

“Disebabkan masalah ini bil elektrik pada bulan November di rumah saya dicaj RM140 sedangkan untuk bulan sebelumnya hanya RM80.

Bagi Hatijah Sulaiman, 45, dia terkejut menerima bil elektrik bulan November kerana dicaj sebanyak RM140 berikutan bacaan meter dikira dalam tempoh 45 hari.

Menurutnya, kebiasaannya bil elektrik di rumahnya dicaj sebanyak RM70 hingga RM80 dan disebabkan kelewatan bacaan meter itu dia terpaksa menanggung bil elektrik yang mahal.

“Bagi orang kampung yang sekadar cukup makan, saya rasa terbeban, apatah lagi bulan ini terpaksa menyediakan pakaian anak-anak sekolah kerana tidak lama lagi sesi persekolahan baru akan dibuka,” jelas Hatijah yang mempunyai 10 anak.

Sementara itu pihak TNB ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan pada November TNB dalam proses kemas kini jadual bacaan untuk semua pengguna di Tumpat menyebabkan hampir keseluruhan tarikh bacaan meter bertukar.

“Ini hanya untuk bulan November sahaja dan untuk bulan seterusnya jadual bacaan meter hanya dalam 28 hari hingga 31 hari,” katanya.

Menurutnya, bagaimana pun bagi bulan Disember bil elektrik pengguna lebih murah kerana jumlah hari berkurang dan pihak kami meminta maaf di atas kesulitan yang berlaku,” katanya. 

Penjelasan: Sebenarnya tak timbul soal bil bulan depan atau seterusnya akan murah kerana jumlah hari berkurang sedangkan sudah dijelaskan jadualbacaan meter hanya dalam 28 hari hingga 31 hari, dan dalam sebulan pun ada 28 hari hingga 31 hari sahaja, jadi jika bacaan meter itu diambil dalam tempoh tersebut, dimana relevannya akan murah? Itu adalah penggunaan sebenar dalam tempoh sebenar, (28 hari - 31 hari) bukannya murah dari kadar biasa, tapi murah dari kadar yang TNB tipu sebelum ini itu saja, melainkan TNB buat bacaan meter pada jangkamasa kurang dari 28 hari.

Disini jelas cara TNB nak perbodohkan rakyat, maksudnya bacaan meter sebelum ini (lebih tempoh 31 hari) adalah cara TNB tipu dan pengguna yang tanggung, penipuan tetap penipuan dan ia tak kan dapat untuk cover bil bulan depan, kerana penipuan tempoh masa bacaan meter itu dimanipulasi dalam cara atau kaedah pengiraan TNB seperti yang dijelaskan diatas. Dengan kata lainnya, tempoh masa takkan mengembalikan apa yang pengguna telah rugi melainkan kaedah pengiraan itu dikaji semula. Anda Mampu Mengubahnya.

Sumber:  http://gelombangkick.blogspot.com/2013/12/bukti-tnb-tipu-lagi-pecat-saja-ceo-tnb.html

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...