Searching...

Get This

Tuesday, November 19, 2013
6:44 AM 0

Treler ‘sapu’ 3 kenderaan

Ipoh: Seorang terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 257.2 hala utara Lebuhraya Utara- Selatan berhampiran Terowong Menora, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pemandu sebuah daripada treler itu dikenali sebagai M Ukesparen, 31, yang cedera parah mati dalam perjalanan ke hospital kira-kira jam 7 malam manakala bapanya yang menjadi kelindan, cedera di kepala dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Muhammad, tujuh penumpang dua kereta yang terbabit dalam kemalangan itu cedera dan tiga daripada mereka dihantar ke HRPB manakala empat lagi yang cedera ringan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar.

Menurutnya, treler dari arah Ipoh ke Kuala Kangsar membawa muatan asbestos siling yang mengalami kerosakan brek cuba memperlahankan kenderaan dengan menghimpit sebuah treler membawa muatan bitumen di hadapan menyebabkan treler berkenaan terbabas ke dalam gaung.
Foto



Foto



Treler ‘sapu’ 3 kenderaan
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta.

Treler yang kerosakan brek itu kemudian terbabas dan melanggar sebuah Toyota Avanza dan sebuah Nisan Latio di hadapannya. Pemandu dan kelindan treler membawa bitumen itu tidak cedera.
Sumber: Metro

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...