Searching...

Get This

Friday, November 8, 2013
9:07 AM 1

Siapakah PEMILIK MYKAD PALSU ini??

Sejak 23 Oktober lalu, saya  mendedahkan pelbagai kisah warga asing menjadi pengawal keselamatan haram di Malaysia. Mereka juga pemegang MyKad palsu.

La Ode Muhamad Arjuna Mtadjo, berasal dari Raha, Sulawesi Tenggara, Indonesia berkongsi maklumat bagaimana mudahnya mendapatkan MyKad palsu dengan harga RM350.



Sejak kisahnya dipaparkan di blog ini, facebook Arjuna tidak lagi aktif.


Saya telah membuat semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya, klik di sini, untuk mengetahui samada lelaki di bawah, dikenali sebagai Joemar Omar layak mengundi atau tidak menggunakan MyKad palsu miliknya.

Berikut hasil dipaparkan.


Maksudnya, MyKad terbabit tidak digunakan untuk warga asing itu mengundi tetapi sekadar untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.


Selain daripada Joemar, ramai lagi rakan facebook pembunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, didapati menggunakan MyKad palsu.

Terkini, polis Kuala Lumpur mencari teman wanita bekas pengawal keselamatan merompak kedai emas di Setapak kerana dipercayai menyimpan kebanyakkan daripada rantai emas dirompak bernilai kira-kira RM150,000. 


Fakta menakjubkan, perompak itu dan teman wanitanya juga pemilik MyKad palsu.


Nama sebenar wanita sedang diburu polis, Noreha Lamuddin, 27 tahun, berasal dari Lambitan Filipina dan dikenali dengan identiti, Hasnah Hassan di Malaysia.


Nampaknya bukan sahaja warga Indonesia terbabit sebagai pemegang MyKad palsu, malah rakyat Filipina juga sama. Barangkali kerana wajah sebilangan mereka kelihatan seperti penampilan orang Melayu. Jadi amat mudah untuk warga asing itu mengelirukan majikan dan juga kenalan.

Jika negro mengaku memiliki MyKad, tentunya pelik.

:)

Barangkali timbul persoalan di kalangan pembaca blog ini, apakah hukuman jika warga asing diberkas menggunakan Mykad palsu? Mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, pesalah boleh dipenjara maksimum 3 tahun atau denda RM20,000 atau keduanya.

Bagaimanapun 2 pengawal keselamatan warga Filipina diberkas di Petaling Jaya, Selangor hanya dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh mahkamah, klik di sini.

Dengan hukuman ringan seperti itu, tidak hairan jika penggunaan MyKad palsu akan terus berleluasa di Malaysia.

sumber : blogger

1 comments:

  1. Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606
    WEB KAMI :
    kahwinthaibest.blogspot.com
    drina1998.blogspot.com

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...