Searching...

Get This

Wednesday, November 20, 2013
10:33 PM 0

Sabah Turut Dilanda Penularan Syiah

KOTA KINABALU  — Terdapat beberapa individu di Sabah
dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah, kata Pembantu Menteri di
Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Ariffin Arif.
Beliau berkata bagaimanapun risikan yang dijalankan ke atas individu
terbabit masih di peringkat awal.
Katanya dalam usaha membendung umat Islam daripada terjebak dengan ajaran
salah termasuk ajaran Syiah, kerajaan negeri telah mengadakan beberapa seminar
yang menyentuh bahaya serta ancaman ajaran sesat terhadap akidah umat Islam dan
boleh mengancam keselamatan negara.
Beliau berkata seminar itu dianjurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah (JHEAINS), Pejabat Mufti Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri.
“Kerajaan negeri sentiasa menjalankan pemantauan, bukan sahaja terhadap
ajaran-ajaran salah yang telah difatwakan haram, malahan terhadap ajaran-ajaran
yang diragui kesahihannya,” katanya ketika menjawab soalan Mohamad Alamin
(BN-Bongawan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.
Mohd Ariffin berkata kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Fatwa Negeri
turut mengharamkan beberapa ajaran atau fahaman yang menyalahi hukum syarak
selain Syiah  seperti Qadiani, Nasrul Haq, ajaran Haji Uyut bin Utun, kumpulan
Al-Arqam, kumpulan Rufaqa, Bahai, kumpulan berzikir ajaran Hasan anak Rimau dan
kumpulan Awang Rezki Bersiri Muhammad.
Juga diharamkan ialah ajaran Azhar Wahab, Tariqah Hasaniah, Tal Tujuh, Islam
Jemaah, dan Tariqah Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani.
    – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...