Searching...

Get This

Friday, November 22, 2013
9:05 AM 0

Nahas jadi bahan lawak

Kuala Lumpur: Kemalangan jalan raya yang sepatutnya mengundang trauma dan kesedihan kepada pelawak Rahim Raja Lawak 2 bertukar sebaliknya apabila ia menjadi bahan gurauan dalam kalangan beberapa rakan pelawak.
Rahim atau nama sebenar Rahim Mat Ali, 43, berkata, gurauan itu timbul kerana kemalangan itu berlaku dalam keadaan melucukan.

“Patutnya bila benda ini (kemalangan) terjadi kita kena sedih, tapi ia jadi gurauan dan bahan jenaka dalam kalangan kawan pula.
“Ia jadi lawak sebab saya melanggar belakang kereta seorang kawan yang menolong saya menunjukkan jalan keluar pulang ke rumah.

“Tindakan saya itu dipersendakan kawan pelawak seolah-olah tidak berterima kasih dengan pertolongan kawan yang tunjukkan jalan itu,” katanya.

Pada insiden sekitar jam 2.30 pagi kelmarin di kawasan Putrajaya, kereta Proton Exora dipandu Rahim merempuh kereta rakannya dari arah belakang kerana tidak sempat menekan brek di lampu isyarat.


Kejadian berlaku ketika Rahim yang memandu sendirian selepas bermain sepak takraw di rumah penyanyi Asmawi Ani atau Mawi di Bangi.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...