Searching...

Get This

Thursday, November 7, 2013
2:55 PM 0

MERUNGKAI..MYKAD PALSU PALING ISTIMEWA


Hari ini, hari ke 15 penjenayah warga Sulawesi Tenggara, Indonesia, masih bebas setelah menembak mati pegawai operasi Ambak di Subang Jaya, Selangor pada petang 23 Oktober lalu.

Berita mengenai pembunuh di atas tidak lahgi menjadi tajuk utama media tempatan. Fokus lebih utama, kejayaan polis memberkas kes pengawal keselamatan warga Filipina merompak kedai emas di Setapak,Kuala Lumpur dan usaha mencari teman wanitanya.

Mari bersama kita merungkaikan fakta. 

MyKad digunakan oleh penjenayah disahkan palsu. Barangkali ramai antara pembaca blog ini mempersoalkan fakta, bagaimanakah dokumen palsu itu boleh digunakan oleh Ardi Hamza atau Ardi Ode Putra Katela untuk membuka akaun bank?


Kakitangan institusi perbankan boleh merungkaikan kes ini.

Saya juga menerima berita, penjenayah sama membuat permohonan pinjaman di agensi pembekal kredit, mungkin untuk membeli barangan elektrik keperluan di rumah atau motosikal. 

Menakjubkan. 

Permohonannya diluluskan.

Semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan dia tidak layak mengundi. Jika layak, pasti kes ini akan dipolitikkan.


Bagaimanakah penjenayah itu mendapatkan MyKad palsu terbabit? Berapakah harga sebenar dokumen itu? Siapakah dalang pembekal Mykad itu? Berapakah jumlah Mykad palsu telah diedarkan di Malaysia?

Nampaknya kakitangan pihak berkuasa harus bekerja lebih gigih untuk membongkar sindiket mengedarkan MyKad palsu di kalangan warga asing. Jangan sampai pada suatu masa kelak, semua warga asing mengaku warganegara Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...