Searching...

Get This

Monday, November 18, 2013
1:55 PM 0

Membongkar!! Siapakah Mereka??Ketahui..


Saya terbaca laporan akhbar, Ketua Pengarah, Datuk Mustafa Ibrahim mengesahkan semua anggota RELA warga Malaysia.


Klik di sini.

Januari 2013, RELA mentauliahkan pelakon warganegara MALAYSIA, Zed Zaidi dengan pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) RELA.


[ Klik di sini ]

Alhamdulillah, kenalan saya, warga tempatan itu kelihatan segak berseragam RELA tatkala menerima pentauliahan terbabit.


Jika kenyataan dikeluarkan oleh Datuk Mustafa itu tepat, pemegang kad RELA di atas, semestinya warganegara MALAYSIA.   

Namun setakat ini fakta itu didapati  tersasar. 

Berikut maklumat tempat asal lelaki itu.


Untuk rujukan, Kendari, bandar dilengkapi lapangan terbang di Sulawesi Tenggara.


Arshanikum Edeyn sebenarnya warga Sulawesi Tenggara, INDONESIA. Namun seperti diketahui majoriti pembaca blog ini, lelaki suku kaum Buton itu telah menyalahgunakan nama dan nombor MyKad milik Hamdan Hamid, berasal dari Sabah untuk mendaftar sebagai ahli RELA Wilayah Persekutuan PersekutuanKuala Lumpur pada 16 Jun tahun ini.

Berikut gambar Hamdan dihantar oleh sumber saya. Pihak berkuasa berhak untuk mengesahkan ketulenan gambar ini.


Terkini, Arshanikum telah memadamkan gambar kad keahlian RELA dimuatnaik di laman facebook milik warga asing itu. Mujur saya menyimpan salinannya. Semua gambar tatkala dia bertugas sebagai pengawal keselamatan haram juga tidak lagi dipamerkan. Gambar profilnya juga telah ditukar, tinjau di sini.


Dia menyedari, penipuan liciknya selama ini tersebar di laman sosial sekaligus tembelangnya pecah, berbau amat busuk. 

11 November lalu, saya menghubungi Pengarah RELA Wilayah Persekutuan untuk mengesahkan identiti Arshanikum.  

Malangnya sehingga hari ini, beliau masih belum memberikan sebarang respon.

Jika benar semua ahli RELA, warganegara Malaysia, buktikan gambar dicetak di kad RELA di bawah, adalah penama dan pemilik asli Mykad 850728-12-6265.


Jika diteliti maklumat dimuatnaik di laman sosial Arshanikum, dia ternyata pengguna bahasa Buton. 

Berikut, senarai rakan rakannya, majoriti warganegara INDONESIA.


Oh! Usah lupa, Arshanikum juga rakan kepada pembunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib. Sebelum ini penjenayah terbabit, Loade Ardina Loade Rasila, 35 tahun menggunakan nama samaran Ardi Ode Putra Katela.

Perhatikan, antara rakan Loade Ardina disenaraikan di bawah (barisan tengah hujung kanan), Arshikum.


Jadi masih benarkan kenyataan bahawa SEMUA ahli RELA warganegara MALAYSIA? Pembaca, sila catatkan pandangan anda di ruang komen.



 
[ Klik di sini ]

sumber : Blogger

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...