Searching...

Get This

Friday, November 8, 2013
7:36 AM 0

Mati-Dihempap 100 cermin

Muar: Seorang pekerja warga Myanmar terbunuh selepas dihempap kira-kira 100 keping cermin seberat hampir dua tan ketika memunggah cermin berkenaan di belakang sebuah kedai di Jalan Sakeh di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa, Thang Ngaih Lian, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakan berehat di atas lori tiga tan selepas memunggah kira-kira 350 keping cermin seberat 20 kilogram setiap satu ke kedai majikannya.

Bagaimanapun, kira-kira 100 daripada 150 susunan cermin selebar 3.6 meter persegi setiap satu yang masih berada di atas lori itu tiba-tiba tumbang lalu menghempap mangsa menyebabkannya terperosok dalam longkang.
Foto
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa di bawah timbunan cermin yang berderai.

Rakannya yang dikenali sebagai Ngai, 20-an berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan tidak sempat berbuat apa-apa untuk membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...