Searching...

Get This

Monday, November 18, 2013
1:32 PM 0

Lebih banyak mayat ditemui



Tacloban: Lebih banyak mayat ditemui semalam, sembilan hari selepas taufan Haiyan yang membawa angin kencang dan ombak seperti tsunami melanda ibu negeri wilayah Leyte ini.
Dalam laporannya kepada Setiausaha Dalam Negeri, Mar Roxas yang juga pengerusi bersama Majlis Bencana Kebangsaan, Biro Perlindungan Kebakaran (BFP) berkata, 780 mayat ditemui semalam. 
Selain 83 mayat yang masih ‘diproses’, baki mayat berkenaan sudah dikebumikan secara beramai-ramai.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, hanya 48 berjaya dikenal pasti.

Pengarah BFP wilayah timur Pablito Cordeta berkata, 780 mayat itu ditemui di beberapa kampung di sekitar Tacloban, daerah paling teruk terjejas akibat taufan Haiyan atau dikenali Yolanda di kalangan penduduk tempatan.
Setakat ini, pasukan khas yang diketuai oleh Cordeta sendiri sudah menemui 1,199 mayat dengan 1,095 daripada mereka tidak dapat dikenali. 

Menurutnya, pasukan itu merakam gambar mangsa dan mengambil sampel DNA untuk membantu proses pengecaman pada masa hadapan. 

Sehingga semalam, angka rasmi kematian akibat bencana itu 3,725 orang sementara 17,821 cedera dan 1,567 orang lagi hilang. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...