Searching...

Get This

Friday, November 8, 2013
7:41 AM 0

Hanya sempat dua kertas SPM

Jertih: “Arwah pernah meluahkan perasaan tidak seronok kerana terpaksa menjawab soalan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di hospital. Walaupun begitu, arwah tetap bersemangat mahu menduduki peperiksaan,” kata Nur Iman Solehah Mohd Safawai, 15, adik kepada Noor Salwana, 17, calon SPM yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah.
Noor Salwana, seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut, disahkan meninggal dunia di Hospital Besut jam 5.12 pagi, semalam selepas tiga hari dimasukkan ke hospital itu sejak Selasa lalu sebaik mengadu sesak nafas.
Arwah yang juga anak kedua daripada lima beradik dimasukkan ke hospital kerana tidak cukup darah sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Zainab Muhammad, 47, yang menemani arwah di hospital.

Harian Metro semalam melaporkan, seorang calon SPM, Mohamad Nor Alif Harun, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun meninggal dunia selepas empat hari koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Foto
SITI Zainab (kanan) melihat jenazah anaknya.

Mangsa sebelum itu dilaporkan kritikal selepas motosikal diboncengnya dilanggar mat rempit yang sedang berlumba di Kilometer 79.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 49, Dungun, Jumaat lalu.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...