Searching...

Get This

Thursday, November 28, 2013
10:31 PM 0

Festival Berjalan Atas Api Untuk Kesucian Hati Di Jepun

Festival yang diraikan setiap tahun pada tarikh 8 Disember diadakan di kuil Buddha Zen di Aichi, Jepun. Dalam festival ini, para peserta akan diminta untuk melangkah melintasi bara api yang menyala untuk mendapatkan kembali kesucian batin mereka.

Tahun ini, panitia Fukugonji Akiba Grand Festival berjanji bahawa acara ini akan lebih menghiburkan berbanding tahun lalu.

Dewa pelindung Fukugonji bernama Akibasanjakubo. Fukugonji dulunya adalah seorang sami. Dikatakan bahawa dalam hidupnya, ia telah berjaya menguasai segala bencana kebakaran dan mampu mengawal api.

Setiap tahun Akibasan Grand Festival diadakan di Fukugonji untuk memperingati hari kematian dan kenaikan Akibasanjakubo.

Festival ini terdiri dari dua bahagian utama: berdoa dan berjalan di atas bara api. Selepas berdoa di dalam kuil, para peserta akan menyanyi sambil bergerak mengelilingi api.

Orang yang berani melewati bara api akan dimurnikan hati dan fikirannya, kerana ketakutan seseorang terhadap api akan mengingatkannya untuk mengawal api batinnya juga. 

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...