Searching...

Get This

Wednesday, November 20, 2013
7:40 AM 0

Dulu rokok, kini ketagih makan

Medan: Pada usia dua tahun, Aldi Rizal mengejutkan dunia kerana tabiatnya yang suka merokok.
Kini, Aldi, 5, berjaya berhenti merokok, tapi memiliki ketagihan baru, makanan. 
Aldi menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa apabila dirakam menaiki basikal roda tiganya sambil merokok di sebuah kampung di Sumatera.

Laporan itu menyebabkan kerajaan Indonesia melancarkan kempen membanteras tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak dan menganjurkan program pemulihan khas untuk Aldi berhenti rokok. 
Foto
ALDI ketagih makanan ringan dan tidak berkhasiat.
Aldi dibawa ke Jakarta menjalani terapi selama dua minggu bagi membantunya melupakan tabiat menghisap 40 batang rokok sehari. 
Usaha itu berjaya, tapi Aldi masih tidak menjalani hidup secara sihat. 

Ibunya, Diane Rizal, 28, mengaku masih ada yang menawarkan rokok, tapi Aldi menolak. 

Bagaimanapun Diane kini bimbang terhadap berat badan Aldi yang beralih kepada makanan. 

Malah, perangai Aldi kini sama seperti ketika dia meronta-ronta meminta rokok, bezanya kali ini dia meminta makanan. 

“Pada awal berhenti rokok, Aldi meminta mainan. Dia akan menghantukkan kepala ke dinding jika tidak dapat apa yang diingininya. 

“Rumah kami didiami ramai orang dan sukar menghalang Aldi memperoleh makanan,” katanya. 

Ibu dan bapanya sudah mendapatkan nasihat pakar pemakanan dan mereka dinasihati supaya memberi makanan sihat kepada Aldi. 

“Tubuh Aldi terlalu berat, tidak sesuai untuk usianya. Dia makan terlalu banyak karbohidrat,” kata pakar pemakanan Fransisca Dewi. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...