Searching...

Get This

Friday, November 15, 2013
3:11 PM 0

Dikehendaki Polis!!..JOEMAR KINI GOYANG KAKI DI DUMAI? DUMAY?


Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM masih memburu perancang utama rompakan Ambank di Subang Jaya, Selangor pada petang 23 Oktober lalu, Joemar Omar. Setakat ini, belum lagi kedengaran berita penjenayah, rakan pembunuh, Loade Ardina Loade Rasila itu diberkas. 

Polis percaya, Joemar masih berada di Malaysia. Dua hari lalu, Joemar telah memadamkan akaun facebooknya. Mungkin dia menyedari, pelbagai informasi mengenai dirinya telah didedahkan kepada umum.

Saya menerima maklumat terbaharu. Joemar memiliki akaun kedua facebook dan aktif dikemaskini sejak kejadian pegawai operasi bank, Norazita Abu Talib ditembak mati. Untuk rekod, RM428,200,  wang hasil rompakan masih berada di tangan Joemar sedangkan Loade Ardina meringkuk di lokap.


Berikut status terkini Joemar, menggunakan nama Munir Tarapedo Koasasino. Sebelum ini dia menyamar sebagai Osman Salleh dan bertugas sebagai pengawal keselamatan haram.


Mungkinkah benar dia kini berada di Dumai, INDONESIA? Atau sekadar cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan memaparkan maklumat itu? Sebagai penjenayah diburu oleh PDRM, mengapakah perlu dia berkongsi maklumat kedudukan terkini? 

Seorang daripada pembaca blog ini memperbetulkan tanggapan saya. Menurutnya, 'dumay' dalam bahasa ringkas Indonesia bermaksud 'dunia maya' BUKAN Dumai. Sama seperti 'jablay', jarang dibelai. 

Terima kasih di atas maklumat itu.

Di bawah, status facebook Joemar, 3 hari selepas kejadian rompakan bank.


Lihat komen terakhir di status di atas, soalan dikemukakan oleh lelaki di bawah.



Imel Alin Loade ARDINA kini sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan oleh polis di Malaysia. Jika sabit kesalahan, dia akan digantung sampai mati.

Berikut pula status Joemar pada 24 Oktober 2013 (sehari selepas kejadian)


Klik di sini untuk melihat status dikongsikan oleh Joemar.

Semalam, saya mendedahkan pendatang HARAM Indonesia mempunyai akses kepada pump gun.


sumber : Blogger

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...