Searching...

Get This

Sunday, November 10, 2013
9:24 AM 0

Derita tanpa tempurung kepala

  • Derita tanpa tempurung kepalaChe Rozaidi dan Norhayati meriba anak bongsu mereka, Che Azrid Fahmi yang memerlukan bantuan kewangan untuk pembedahan tempurung kepala.
 1 / 1 
KANGAR - Seorang kanak-kanak dari Kampung Sungai Batu Pahat, di sini, menderita hidup tanpa tempurung kepala selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya September tahun lalu.

Menurut ibunya, Norhayati Ibrahim, 33, anak bongsunya, Che Azrid Fahmi yang kini berusia dua tahun lima bulan mengalami pendarahan dalaman akibat jatuh dari motosikal yang ditunggang suaminya, Che Rozaidi Mamat, 37, semasa pulang ke rumah sewa mereka di Kodiang, Kedah.

“Doktor terpaksa membuang tempurung kepalanya selepas pendarahan di otak dan kini dia hanya terlantar akibat masalah saraf tunjang.

“Anak saya hanya minum susu melalui wayar yang dipasang oleh pihak hospital tapi mujurlah setiap bulan kami mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 cukup untuk membeli susu dan lampin,” katanya.

Sementara itu, Che Rozaidi yang berpendapatan sehari RM40 sebagai juru kimpal terpaksa berjimat cermat menanggung tiga lagi anak mereka yang berusia 11, sembilan dan empat tahun.

Ujar Che Rozaidi, setiap hari wang itu hanya cukup untuk perbelanjaan wang saku sekolah dua anaknya serta membeli barang dapur.

“Jika Che Azrid Fahmi terpaksa dimasukkan ke wad, perbelanjaan harian kami akan bertambah untuk berulang alik ke hospital, malah saya sendiri tidak pergi bekerja kerana menjaga anak-anak.

“Baru-baru ini pula doktor maklumkan kos untuk menggantikan tempurung kepala anak saya mungkin mencecah RM10,000 atau lebih, saya sekarang agak runsing memikirkan wang untuk pembedahan ini,” katanya.

Tambah Che Rozaidi, dia yang disahkan mengidap hepatitis C lima bulan lalu lebih tertekan memikirkan nasib dirinya serta anak bongsunya itu.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan meringankan beban adik Che Azrid  Fahmi serta keluarganya boleh menghubungi talian 013-496 6732 atau ke akaun RHB Che Rozaidi 11405300446530.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...