Searching...

Get This

Thursday, October 3, 2013
6:42 PM 0

Meninggal dua kali!!

Bagan Serai: Seorang warga emas menggemparkan penduduk Kuala Gula, di sini, apabila disahkan doktor mati dua kali dalam tempoh lapan jam, kelmarin.
Tan Chai Jeik, 69, yang disahkan mati oleh pegawai perubatan yang datang ke rumahnya di Kampung Cina Kuala Gula pada jam 8 pagi, mengejutkan ahli keluarga apabila tiba-tiba membuka mata dan menggerakkan bibirnya ketika diletakkan di dalam keranda empat jam kemudian. 
Adiknya, Chai Soon, 50-an, berkata, kejadian menggemparkan itu berlaku ketika seluruh ahli keluarganya membuat persiapan untuk upacara sembahyang dan pengebumian. 

“Selepas dimandikan, dia dipakaikan sepasang pakaian khas dan diletakkan ke dalam keranda di hadapan rumah lebih kurang jam 1.30 tengah hari.
Foto
ANAK dan cucu mendiang Tan memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di rumahnya di Kampung Cina Kuala Gula, kelmarin.

“Ketika ahli keluarga menjalankan upacara sembahyang bagi meratapi pemergian mendiang dan namanya disebut-sebut seorang anaknya, tiba-tiba kakak saya membuka mata dan menggerakkan bibir seolah-olah hendak berkata sesuatu,” katanya.
sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...