Alor Gajah: Akibat cemburu, seorang wanita dibunuh, sebelum mayatnya dibuang ke dalam perigi sedalam kira-kira lima meter dan dibakar sehingga rentung di ladang tembikai susu terbiar di Solok Menggong, di sini, kelmarin.
Mayat Endang Mariani Muhammad Rau, 28, dari Lombok Barat, Indonesia, ditemui pemilik ladang berkenaan kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, selepas terhidu bau busuk.
Bagaimanapun, kurang 12 jam selepas penemuan mayat mangsa, polis menahan lima suspek berusia 23 hingga 39 tahun dan tiga daripada mereka adalah lelaki warga Indonesia termasuk kekasih mangsa.
Turut ditahan, seorang wanita warga Indonesia serta seorang lelaki tempatan dan semua mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di Rembia dan Semabok, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada seorang wanita berusia 44 tahun yang juga pemilik ladang berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, mayat wanita yang rentung 90 peratus sehingga tinggal tulang dan tengkorak itu dipercayai dibakar di dalam perigi berkenaan selepas dibunuh di tempat lain.
“Susulan kejadian, kurang 12 jam penemuan mayat, empat lelaki termasuk seorang warga tempatan berusia 23 hingga 39 tahun bersama seorang lagi wanita Indonesia berusia 29 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Semabok dan Rembia,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini, semalam.
Umar berkata, tiga lelaki Indonesia dan wanita yang ditahan antara jam 1 dan 8 pagi semalam adalah rakan serumah mangsa, manakala lelaki tempatan berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu adalah kenalan semua suspek.
“Mangsa bekerja di ladang cendawan di Lendu dan Ahad lalu majikannya ada membuat laporan berhubung mangsa yang tidak datang bekerja disyaki melarikan diri.
“Siasatan mendapati cemburu antara suspek wanita dan si mati menjadi motif pembunuhan berkenaan.
"Si mati dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang lelaki warganegara sama yang ditahan,” katanya.
Menurutnya, penangkapan kelima-lima suspek telah hampir berjaya menyelesaikan kes tersebut.
Bagaimanapun, pihaknya kini masih memburu seorang lelaki juga warga Indonesia yang dipercayai boleh membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

0 comments:
Post a Comment