Searching...

Get This

Wednesday, September 11, 2013
9:12 PM 0

11,000 syor 15 topik Bajet 2014

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menerima hampir 11,000 cadangan membabitkan 15 topik untuk Bajet 2014 dalam membantu beliau merangka belanjawan inspirasi rakyat. 

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding cadangan diterima untuk Bajet 2013 iaitu kira-kira 3,000. 
Menerusi blog 1Malaysia semalam, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memberi sumbangan idea terhadap Bajet 2014. 


Hargai idea diberikan 

“Idea dan saranan anda amatlah dihargai untuk kerajaan merangka belanjawan yang mapan dan utuh untuk semua,” katanya. 

Antara topik itu ialah kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan desa, pembangunan ekonomi, pendidikan, keselamatan awam dan rasuah serta belia dan sukan. 
Antara cadangan yang diterima adalah: 
Antara cadangan untuk mengatasi kos sara hidup ialah meminta Menteri Kewangan menurunkan harga kereta, tol, petrol; menyenaraikan susu tepung dan lampin bayi sebagai barang kawalan; 

Perumahan dan Kehidupan Bandar - mengawal harga rumah, tidak membenarkan penjualan rumah dalam tempoh lima tahun, pengurangan faedah pinjaman perumahan dan menaikkan imbuhan tetap perumahan penjawat awam; 

Penjagaan Kesihatan - kad diskaun untuk pesakit mendapatkan rawatan haemodialisis swasta, membenarkan suami menemani isteri ketika bersalin di hospital kerajaan; 

Pengangkutan dan Infrastruktur - membina Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kelantan, membina Transit Aliran Ringan (LRT) di seluruh negara, menambah lorong basikal; 

Ekonomi - cukai pendapatan diganti dengan cukai ke atas produk, menurunkan insurans kenderaan persendirian, warga asing perlu ada permit untuk hantar wang ke negara asal, hapuskan monopoli stesen televisyen berbayar, kurangkan tempoh bayaran balik pinjaman peribadi kepada 10 tahun, pelaburan maksimum Amanah Saham Bumiputera akaun dewasa dinaikkan daripada RM200,000 kepada RM500,000; 

Pendidikan - menghapuskan kos pentadbiran dan kadar faedah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kad diskaun petrol untuk pelajar, penempatan segera graduan pendidikan yang menganggur, biasiswa automatik kepada pelajar Ijazah Sarjana dan PhD; 

Kembalikan ISA 

Keselamatan Awam dan Rasuah - mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menambah aset dan kelengkapan polis, seluruh anggota Kabinet mengisytiharkan harta individu dan keluarga; 

Perkhidmatan Awam - menaikkan elaun tetap perumahan dari RM180 kepada RM400, bonus tiga bulan untuk kakitangan awam dibayar secara ansuran, selaraskan kenaikan pangkat bagi semua penjawat awam bagi semua skim dan cuti belajar bergaji penuh; 

Percukaian, Perniagaan dan Kewangan - menaikkan potongan cukai untuk individu, isteri dan anak, mengenakan cukai tinggi ke atas warga asing, membenarkan pengeluaran akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk kurangkan hutang kad kredit; dan 

Menaikkan pelepasan cukai bagi setiap anak kepada RM3000 seorang dan menaikkan kadar cukai pendapatan individu untuk taksiran dari RM2,500 kepada RM5,000 sebulan. 

Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...