Sarah Stage, adalah seorang model yang sedang hamil 8 bulan. Namun, hampir semua orang yang melihat fotonya, terkejut apabila melihat perutnya yang hampir kempis dan six pack.
Sarah teratur menghantar foto-foto kehamilannya pada akaun instagramnya, yang mempunyai satu juta follower. Ia berjaya mempertahankan tubuhnya yang langsing selama kehamilannya.
Pada foto terakhir yang disiarkan dalam statusnya di Instagram, ia berkata "Tidak sabar untuk bertemu dengan # 8monthspregnant."
Banyak orang berfikir, di mana Sarah menyembunyikan bayinya, atau mungkin ia seorang ahli sihir?
Sarah berkeras bahawa dia tidak mempunyai kaedah rahsia untuk menjaga ketegasan tubuhnya saat hamil. Ia bahkan mengaku jika sering mengambil hamburger. Satu-satunya alasan yang boleh dipercayai, mengapa ia boleh tetap ramping ketika hamil, adalah kerana ia bersenam di gym setiap hari.
Beberapa orang berpendapat, jika kebiasaan Sarah akan memberi kesan buruk bagi kesihatan bayinya di dalam perut.
Menurut One Thousand Days Of Life, satu daripada empat wanita di Amerika Syarikat, tidak mendapat cukup berat badan selama kehamilan mereka. Wanita hamil digalakkan untuk mendapatkan 25 pound atau sekitar 11.3 kg selama kehamilan mereka.
Berat badan yang rendah dan dibawah rata-rata selama kehamilan akan meningkatkan risiko, antara lain:
1. Kelahiran pra-matang
Kelahiran pra-matang, didefinisikan sebagai bayi yang lahir sebelum 37 minggu kehamilan. Kelahiran pra-matang ini semakin meningkat, dan merupakan masalah kesihatan global. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), hampir 1 juta bayi meninggal setiap tahun akibat komplikasi dari kelahiran pra-matang.
2. Risiko Kelahiran Bayi Dengan Berat Badan Rendah
Bayi dengan berat badan yang rendah, berisiko terkena penyakit darah tinggi dan jantung di kemudian hari.
3. Meningkatkan Risiko Kematian Bayi
Pada sebuah kajian yang dilakukan oleh Universiti Maryland, pada 159.244 ibu hamil yang mempunyai berat badan kurang dari normal, risiko kematian pada bayi meningkat dalam tahun pertama kelahirannya.
4. Peningkatan Risiko bayi Mengalami Asma
Kesan berat badan ibu hamil yang rendah, akan mengakibatkan kesihatan anak, terutama pada pernafasan. Cepat atau lambat, anak yang lahir dari ibu yang mempunyai berat badan kurus sewaktu hamil, masa dewasa boleh mengidap penyakit asma.
0 comments:
Post a Comment