Searching...

Get This

Friday, January 31, 2014
11:18 PM 0

Gambar ini Kelihatan Seperti Pantai Biasa, Tetapi Sebenarnya?..

Gambar pantai ini nampak macam pantai-pantai biasa saja kan..tapi kalau anda melihat secara dekat, anda akan terkejut apa sebenarnya benda seumpama pasir pantai itu.

Pernah tak anda mendengar mengenai Laut Salton? Ia terletak di California, Amerika. Laut ini adalah laut paling masin di dunia sehingga banyak hidupan akuatik yang mati. Bilangan hidupan laut yang mati ini memang tidak terkira banyaknya sehingga pantai dipenuhi dengan tulang-tulang ikan. 





Tulang-tulang ikan ini akhirnya tersadai dan terkumpul di tebing pantai sehingga pasir pantai pun sudah tidak kelihatan lagi.




Jadi, kalau anda nak berjalan di tepi pantai laut Salton, sila pakai kasut agar tapak kaki anda tidak tercedera. Tulang-tulang ikan ini memang tajam.


Laut Salton ini bukan terbentuk secara semulajadi. Ianya terbentuk selepas terusan Sungai Colorado terbelah pada tahun 1905. Sebuah tasik kemudiannya terbentuk hasil dari limpahan air yang banyak. Disebabkan tasik ini kini tidak mempunyai saluran masuk atau keluar, ia terus menerus meresap garam dari pasir di sekitar sehingga terlalu masin. Tasik ini 30% lebih masin dari lautan Pasifik.



Sumber: memoliton.com
11:03 PM 0

Gadis Berusia 19 Tahun Terperangkap Dalam Tubuh Kanak-Kanak 2 Tahun

Mungkin jika melihat Ajifa Khatun sepintas lalu, kita berfikir dia adalah seorang kanak-kanak kecil. Ini kerana Ajifa masih disuap makan dan di dukung oleh ibunya. Namun sebenarnya beliau adalah seorang gadis remaja berumur 19 tahun.

Ajifa dilahirkan di Mirapar, Bengal Barat, India, dalam keadaan yang sangat sihat pada tahun 1994. Ia juga mula mula berjalan dan bercakap. Namun sebelum ulang tahunnya yang kedua tiba-tiba pertumbuhannya terhenti.

Para doktor yakini bahawa Ajifa mengidap Laron Sydrome. Ini merupakan suatu keadaan genetik yang jarang berlaku yang hanya terjadi pada 300 orang di dunia. Kebanyakan sindrom itu berlaku di kawasan terpencil di wilayah Loja Selatan, Ecuador.

Para penghidap Laron Syndrome akan kekurangan hormon yang disebut IGF-1. Hormon ini yang merangsang sel untuk pertumbuhan dan membelah membentuk sel-sel baru. Tidak hanya tubuh, pesakit juga akan terperangkap dalam sifat keanak-anakkan seumur hidupnya.

Meskipun pertumbuhan Ajifa terganggu namun saudara lain tetap normal, bahkan tinggi mereka sudah melebihinya. Hingga kini tubuh Ajifa sama seperti kanak-kanak berusia 2 tahun dengan IQ kurang daripada 20. Tidak hairanlah, keadaan Ajifa ini membuat ibu bapanya sedih.

"Dia menyenangkan dan selalu mempunyai senyum di wajahnya, tapi menyedihkan melihatnya terperangkap dalam keadaan seperti ini," ujar Apila, ibu Ajifa. "Dia tidak bercakap banyak tapi dia tahu apa yang berlaku di sekelilingnya," tambah si ayah, Sekh. 

9:15 AM 0

KEJAM!! Budak Perempuan 7 tahun Mati Dikelar Bapa

  • Budak perempuan 7 tahun mati dikelar bapaSeorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di Kuala Lumpur, petang tadi. Kelihatan anggota polis menahan suspek yang juga bapa kepada mangsa terbabit untuk siasatan lanjut. - Foto Bernama
Budak perempuan 7 tahun mati dikelar bapa



Budak perempuan 7 tahun mati dikelar bapa

BANGI - Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.
  
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
  
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
   
Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.
  
Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.
  
"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
  
"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.
  
Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.
  
Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu
  
"Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya.
  
Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.
  
"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.
  
Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu.
  
Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya.
  
Sementara itu, seorang jiran keluarga itu, yang enggan dikenali, berkata ibu mangsa kini berada di Hospital Kajang bagi menemani anak-anaknya yang cedera.
  
Wanita itu berkata keluarga mangsa sangat dihormati oleh jiran-jirannya kerana mereka sekeluarga rajin solat berjemaah di surau kawasan perumahan itu. - Bernama
8:19 AM 0

Tukul Kekasih Dan Anaknya Hingga Mati

New York: Seorang lelaki mengaku membelasah teman wanita dan anak perempuan kekasihnya itu hingga mati menggunakan tukul kerana menyangka mereka ‘ahli sihir’ yang menjampinya.
Carlos Amarillo, 44, memukul kekasihnya Estrella Castaneda, 56, dan anak wanita itu Lina, 24, kerana menyangka mereka pengamal ilmu hitam voodoo untuk menjampinya di rumah mereka pada jam 12.15 tengah malam. 
Dua beranak berkenaan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 

Anak perempuan Lina berusia tujuh tahun yang identiti dirahsiakan tidak dicederakan.
Foto
AMARILLO ditahan polis.

Amarillo sendiri menelefon polis selepas membelasah dua wanita itu hingga mati.

Menurut timbalan pendakwa raya Richard A Brown, Amarillo mengaku bertanggungjawab kepada operator 911 yang menjawab panggilannya. 

“Dia dilaporkan berkata: ‘Dua wanita maut dibunuh. Saya yang bunuh dengan tukul kerana mereka ahli sihir. Saya disampuk dan mahu polis bunuh saya’,” katanya. 

Amarillo juga dilihat berjalan di depan rumahnya sambil memeluk Injil dan berkata “Saya bunuh mereka” berulang kali. 

Jirannya Jorge Carrion berkata, isterinya yang berada di rumah ketika kejadian terdengar bunyi bising seperti seseorang dipukul dengan kuat. 

“Dia terdengar bunyi hentaman pada dinding rumah jiran kami, namun tiada jeritan,” katanya.- Agensi
7:58 AM 0

Tutup Bida Jual Dara

Brasilia: Wanita Brazil yang sudah empat kali cuba menjual daranya kepada pembida tertinggi di Internet akhirnya membatalkan hasratnya itu.
“Bidaan ditutup,” kata Catarina Migliorini kepada Huffington Post melalui emel. 
Sebaliknya, Yahoo! Brazil melaporkan Catarina, 23, bercadang menyerahkan dirinya kepada pemenang bagi rancangan realiti ‘There’s Something About Catarina’ yang masih dalam peringkat perancangan di Brazil.
Bagi rancangan itu, 20 lelaki dari seluruh dunia akan bertanding untuk menjadi pasangan seks pertama Catarina selain memenangi hadiah AS$1 juta (RM3.3 juta). 
Foto
CATARINA
Sebuah laman web diwujudkan untuk mencari calon bagi rancangan berkenaan. 
Ini kali keempat Catarina berusaha meraih untung daripada menjual daranya. 
Kali pertama dilakukan pada Oktober 2012 melalui dokumentari Australia ‘Virgins Wanted’ membabitkan bidaan di Internet. 

Pemenangnya jutawan Jepun dikenali sebagai ‘Natsu’ dengan tawaran sebanyak $780,000 (RM2.6 juta). 

Bagaimanapun, Catarina kemudian menarik diri kerana ragu-ragu mengenai ‘Natsu’ dan identiti sebenarnya selain mendakwa hampir ditipu pembuat dokumentari itu. - Agensi
7:39 AM 0

Guru Gila Ular Sawa

Santa Ana: Seorang guru di California semalam ditahan selepas ratusan ular sawa hidup dan mati ditemui dalam bekas plastik yang memenuhi kediamannya.
Anggota polis yang memakai topeng pernafasan membawa keluar reptilia berkenaan dari kediaman terbabit. 
Kumpulan wartawan dan penduduk yang berada di situ menjauhkan diri, selain turut menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau busuk dari kediaman lima bilik itu. 

“Bau busuk ini menyebabkan saya ingin mandi selama seminggu,” kata pegawai polis bertugas, Anthony Bertagna.
Foto
BEBERAPA kotak berisi ular yang dibawa keluar dari kediaman Buchman.

“Ia memenuhi semua bilik di kediaman itu,” katanya.

Polis menemui sebanyak 350 ular, selain pelbagai jenis tikus di kediaman guru terbabit, William Buchman, 53, selepas jiran tetangga mengadu mengenai bau tidak menyenangkan itu. 

Buchman ditahan untuk siasatan kerana membiarkan haiwan berkenaan tanpa jagaan. 

Penyelia Bahagian Khidmat Haiwan Jabatan Polis Santa Ana, Sondra Berg berkata, empat daripada lima bilik di kediaman itu dipenuhi bekas plastik dari lantai hingga ke siling yang berisi dengan ular. 

Sondra berkata, Buchman memberitahu polis, dia terbabit dengan perniagaan membiak ular. 

“Rumah yang menakutkan. Itu yang terbaik untuk menyifatkan keadaan dalam rumah itu,” kata Berg. 

“Ia penuh dengan bangkai ular. Ada yang sudah mati beberapa bulan lalu. Rumah itu juga menjadi sarang tikus yang cuba makan sesama sendiri,” katanya.- AP
Thursday, January 30, 2014
10:37 PM 0

(Gambar): Bahaya!! Sejata Buatan Tangan Pejuang Syria

Konflik di Syria adalah perang saudara yang seolah-olah tidak berkesudahan. Beberapa kumpulan pejuang di seluruh negara. Para pepejuang menggunakan senjata perang yang dibina dari rumah , pelancar roket terhadap pesawat tentera, meriam dan kereta kebal. Membina senjata anti-pesawat, kereta perisai dibuat dalam bengkel-bengkel kecil, bahan letupan buatan tangan, bom tangan yang  dilontarkan dengan menggunakan lastik besar.

Lihat gambar di bawah.




































ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...