Searching...

Get This

Tuesday, November 25, 2014
11:54 PM 0

Fesyen Artis 'Terlampau' Di Anugerah Muzik Amerika Dapat Kutukan



BUKAN semua selebriti bijak bergaya, kalau tak kena caranya memang akan jadi mangsa fesyenlah jawabnya.

Terbaharu, seorang lagi artis masuk dalam list berpakaian paling buruk lagi jelik dalam sejarah selebriti menghadiri anugerah.

Ketika menghadiri Anugerah American Music Awards semalam, penyanyi kelahiran Albania, Bleona Qereti, telah tampil dengan persalinan jaring jarang yang mendedahkan keseluruhan tubuh badannya.



Namun dia tidak dilihat sebagai selebriti seksi, tetapi lebih kepada wanita tak malu – jika dilihat pada komen-komen di blog hiburan terkemuka.

Kolum Celebs di laman Daily Mirror malah mengulas, pakaian dikenakan bintang realiti TV Euros of Hollywood berusia 35 tahun ini sebagai sukar dipercayai dan keterlaluan.

Meskipun Bleona dikenali sebagai ‘Madonna Albania’ penyanyi legenda daring itu pun dikatakan belum tentu tergamak memakai pakaian tersebut ketika melalui red karpet.



Dikatakan, Bleona berkemungkinan besar bercita-cita mahu meniru pakaian kontroversi yang pernah digayakan pelakon Rose McGowan (di atas) ketika menghadiri anugerah MTV Video Music Awards pada tahun 1998.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...