Searching...

Get This

Tuesday, October 7, 2014
6:25 PM 0

Terkini!! Maklumat Pelantar Minyak Bawa Penemuan CB204

  • Contoh model CB90 yang dilaporkan terputus hubungan dengan KD Paus ketika dalam perjalanan ke Pulau Layang-layang semalam.Contoh model CB90 yang dilaporkan terputus hubungan dengan KD Paus ketika dalam perjalanan ke Pulau Layang-layang semalam.

KUALA LUMPUR - Maklumat dari pelantar minyak milik Petronas ERB West melihat sebuah bot dalam keadaan bergelap sekitar jam 4.30 pagi semalam membawa kepada penemuan bot CB204 yang dilaporkan terputus hubungan di Gugusan Semarang Peninjau, Sabah kelmarin.

Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohammad Rosland Omar berkata, selepas mendapat maklumat itu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menggerakkan KD Lekiu, KD Serang, KD Ganas dan KD Paus bersama sebuah pesawat helikopter Super Lynx dan Maritim Malaysia menugaskan dua buah kapal, KM Mabul dan KM Berani bersama sebuah pesawat helikopter Agusta Westland AW139.

"Dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula telah membantu dengan penugasan pesawat udara B 200T selepas bot didapati hanyut ke arah utara pelantar.

"Akhirnya KD Ganas berjaya menemui dan merapati CB204 kira-kira jam 7.15 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, semalam.

Katanya, kesemua tujuh kru bot berada dalam keadaan keletihan tetapi sihat dan bersemangat.

"KD Lekiu telah diarah ke lokasi bot dan dijangka tiba 4 pagi tadi bagi menunda CB204 ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) sekiranya cuaca mengizinkan dan dijangka tiba esok.

"Kejayaan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini menunjukkan kerjasama erat dan profesionalisme pelbagai agensi, perkhidmatan dan syarikat awam yang membuahkan hasil penemuan bot CB204 dan krewnya dalam keadaan selamat," katanya lagi.

Kelmarin, bot tempur jenis CB90 itu yang dalam perjalanan dari PTKK ke Stesen Uniform TLDM itu terputus hubungan komunikasi kira-kira jam 1115 pagi selepas berlepas pada jam 5 pagi.

Bot CB 204 yang dilaporkan terputus hubungan pada 5 Oktober itu berjaya dikesan apabila KD Ganas dapat memintas panggilan kecemasan melalui Radio Maritim VHF saluran 16 sekitar jam 3 petang.

Bot CB 204 melaporkan melalui radio mengalami kerosakan jentera utama dan sistem kemudi dan berapung kira-kira 50 batu nautika timur Pulau Layang-Layang.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...