LOUISIANA, 3 Oktober:

Dua orang guru sekolah tinggi, Rachel Respess, 24, dan Shelley Dufresne, 32 telah ditahan kerana mengadakan seks dengan salah seorang pelajar lelaki mereka, lapor Mirror UK.

Dua guru itu, yang dilaporkan mengadakan seks dengan pelajar itu di rumah Respess selepas perlawanan bola sepak pada September 12.

Kedua-dua guru itu adalah rakan dan salah seorang daripada mereka mengajar pelajar itu yang merupakan, pelajar junior di sekolah Tinggi Louisiana tahun lepas.  Apa lagi? Aksi seksi itu difilemkan dan diambil gambar.

Salah seorang guru, Respess menyerahkan diri semalam. Seorang lagi, Dufresne yang berkahwin dan mempunyai tiga orang anak ditangkap pada Selasa.

Kedua-dua mereka telah didakwa dengan beberapa kesalahan, termasuk kelakuan lucah.